Pages

Sunday, February 5, 2012

Co2 Discharge At Rolling Mill

Terasa nak cerita sikit pasal bidang kerja mama.
Tak tau la masa Kaseh and adik2 baca ni mama da keje kat mana.
Mama kerja di sebuah industri berat dan dimonopoli oleh lelaki.

Salah satu skop kerja mama adalah memastikan keselamatan pekerja dan segala operasi berjalan dengan lancar dan SELAMAT.
Ya.. SELAMAT.
Sepanjang penubuhan syarikat ini lebih 50 tahun (Klu tak silap)
2 kematian telah berlaku disitu.
Kalau dikira di semua 32 plant di seluruh dunia, mmg sudah banyak keas kemalangan yang melibatkan kematian.
2 kes tersebut melibatkan seorang wanita yang dilanggar Forklift dan
1 lagi kejadian paip CO2 (Karbon dioksida) pecah dan terkena pekerja berhampiran.

Co2 diperlukan sebagai salah satu medium mencegah kebakaran di mesin.
Proses yang dijalankan di mesin mama selalu terdedah kepada kebakaran.
Jika berlaku strip break semasa proses rolling, sedikit spark sahaja mampu membakar mesin.
Sebelum sistem Co2 diperkenalkan operator cerita mesin rolling tu da macam oven.
Kenapa tak guna air?
Kalau guna air dan air tu terkena material so akan menyebabkan kerugian yang lebih besar untuk membaik pulih mesin dan material.
klu guna Co2 semua sistem tidak terjejas.

Setiap hari mama kena check isi kandungan tangki C02 selalu mencukupi.
Jika berlaku kekurangan, mama kena order dan prosedur topup gas C02 dari lori tangki pembekal ke tangki mesin akan berlaku.

Walaupun dan 8 bulan mama kerja dan adalah sebulan sekali mama melakukan prosedure tersebut,
setiap kali tu juga la mama berdebar.
Masa 1st time dulu, mama termiss 1 procedure iaitu tidak melepaskan tekanan dari dalam paip keluar dari sistem.
Lepas da balik dari lunch, berlaku bunyi letupan di point pengisian.
Giler la cuak..
Panggil bos.. bos bukak 1 paip.. bunyi letupan diluar pagar kilang..
Dan itu yang sepatutnya..
Pressure dilepaskan keluar..
Sejak tu memang mama check prosedure ni.
Tapi last week, mama dan pemandu tangki masih disitu, letupan lagi,
pemamdu tu risau mama terkejut sbb mama pegnent.
Mama buat2 cool.. rupanya 1 lagi paip tak direalise.

Apa yang mama dapat belajar dari sini adalah..
Walaupun da 8 kali buat prosedure ni ada je perkara baru yang mama belajar.

Boleh refer sini kalau nak tengok contoh suasana kerja mama.
Industri ni sama cuma mungkin ini di plant lain.

1 comment:

Anonymous said...

Lyndd.ko sangat-sangat la kuat dan berani keje bidang tuh...seyes tabik spring kat ko. FULL EXTRA HATI2 KIJE!!!

-zu xjkmb ukm-