Pages

Monday, February 6, 2012

Home Organizing - Picture In Your Computer

Selamat datang ke rancangan Home Organizing bersama Mama Lynd.
Heeee.
Cam nak kena sepuk aje minah ni.
Walaupun da beberapa ketika agak berdiam diri mengenai Home Organizing ni,
projek masih diteruskan.Link
Slow and steady mencari idea.
Terima Kasih kepada Sioca Kecil yang memberi terus memberi ilham kepada saya.
Seperti yang dinyatakan oleh beliau,
kebanyakkan organizing ni hanya di highlight oleh masayrakat dibarat.
Di Malaysia ada, cuma kita tidak menganggap itu adalah suatu sistem/ proses yang sebenarnya
memang menarik untuk dikongsi.
Organizing ini sangat simple,
hanya tambah 1 penyangkut ditempat yang betul,
sudah sangat membantu proses organizing ini.

OK.. back to the topic.
Berilhamkan paparan di link ini.
Tercutus la jugak nak mengorganize gambar dalam lappy ku yang comel ini.

Sebelum ni, bersepah2.
Hanya refer pada tajuk or event.
Klu yang takder event ku namakan sempena tarikh gambar ditransfer.
Gambar pun save bersepah2,
Lappy Mama, PC Opis, Pendrive dan Lappy Papa.

So kerja2 mengumpul gambar dilakukan.
Ok. sebelum tu ku record dulu berapa space lappy ku sebelum kerja Organizing dilakukan.

Ok. 74.g GB digunakan.

Then Sorting semua file mengikut tarikh.
Tarikh gambar diambil ye.
Kan kalau kita view detail kita akan dapat tengok date pic taken kan?



Dan ku Create New Folder dan namakan mengikut bulan dan tahun.
Ok. Seperti gambar diatas, bagi folder tahun 2010 mengandungi 12 bulan dan 1 folder Special Event.
Bagi folder 12 bulan adalah untuk gambar2 yang tak mempunyai tema.
Setakat snap 2-3 keping aje.


Bila kita da kumpul begini kita boleh tengok gambar mana yang berulang atau double copy.
So kita boleh delate la.
Dan save space kat PC kita.
Masa nak Cut and Paste pun kita da bleh replace je yang mana da ada / ada nama yang sama so kita boleh rename klu gambarnya adalh berlainann.
Microsoft window yang baru kita boleh terus tengok gambar yang akan direplace.
Bukan sekadar keluar file name sahaja.
Lagi senang dan selamat.

Kalau dulu ku pernah susun gambar ikut umur Kaseh.
Berapa bulan.
Kaedah cam tu cam susah gak sbb nk kena kira umur Kaseh dan kadang2 ada gambar org lain gak. Bukan gambar Kaseh sorang je.
So idea dari blog yang ku link tu mmg sgt best.

OK. Bagi Folder Special Event pulak,
untuk folder yang ada event.
macam wedding ke, holiday ke apa2 la yang gambarnya banyak.
Ku letak tajuk event dan tarikh event / bulan pun da ok.

Contohnya begini.
Setiap tahun akan ada folder Special Event yang sendiri.

Advantage sistem macam ni, bila ku nk berblogging,
Senang ku nak cari gambar2 lama.
Just ingat bulan / tahun je.

Lagi folder tambahan.
BLOGGING MATERIAL.
Kalau gambar yang kita save sbb kita nak upload kat blog.
kita boleh save kat dalam folder tu mengikut tajuk entry.

Folder ni boleh di letakkan di general file @ juga mengikut tahun ada update kat blog.
Contohnya macam gambar2 y ku letak kat N3 ni ku akan save dan kumpulkan dalam 1 folder.
Kalau macam da taknak pakai boleh delate je.

Hasilnya



72 GB Used Space.
Ada pengurangan la skit.
Tapi kira ok la.
Space jimat, masa untuk mencari juga jadi singkat dan kita boleh check
gambar mana yang kita blom trnsfer.

Bagaimana Sistem Anda?
Atau mmg sistem anda memang begini?
Saya sorang je yang baru dapat taufik dan hidayah?
Heeee.. Tak per... Sharing is Caring..

Salam Home Organizing..

2 comments:

Fizah said...

beb, best!! terbaekk..organize gambar ni kan dah lamaaa aku nak buat. tp sbb dia maya, so buat lambat2 sbb tak nampak serabut berbanding kemas fizikal macam kemas rumah biasa kan. jadi yg tu aku akan masukkan dlm organizing projek jugak. macam kat blog laura orgjunkie.com, dia ada cadangkan kerja organizing 52 weeks projek gitu. itu pun boleh membantu kita wat benda2 ni sbb kadang tak dan nak siapkan semua dengan segera. in which akan end up dengan tekanan. akulah tu. hehe. anyway, idea ko ni memberi aku gambaran camne nak organize gambar! teruskan kawan!! mmg best!!:))

Mama Lynd said...

Huuu.. Organizing start with just a simple thing...