Pages

Wednesday, December 1, 2010

Kalau La Ku Dapat Kerja Cam Operator

Apa maksud ku?
Kalau dikilang ni istilah "Direct Worker" adalah istilah untuk operator.
"Indirect" adalah yang lain2 termasuk la engineer, HRD, security dll.
Kenapa?
Direct bermaksud orang terlibat secara terus dalam penghasilan sesebuah product.
Operator kan yang tukang pasang sume part tu.
Kalau takder dorang product takkan dipasang.
Mereka juga dikira dalam kos penghasilan product selain dari kos part yang hendak dipasang.

Indirect pulak orang yang terlibat secara tidak langsung.
Macam HRD.
Dorang tak buat product.
Kalau dorang takder setakat sehari dua ok lagi.
Product boleh terhasil.
Begitu juga enjinNaya.
Tapi sume bahagian adalah penting.

Apa yang ku nak cakapkan ni adalah prinsip operator.
Kat sini kalau ada problem macam part tak cukup, part ada problem ke dan
lain2 sebab yang akan menyebabkan operator tak bleh bekerja production akan
istiharkan "LINE STOP".
Line stop ni melibatkan DUIT.
Kalau misalnya operator tak berkerja selama 1 jam, maksudnya product yang sepatutnya dihasilkan dalam masa 1 jam tu tak dapat dihasilkan dan bayaran untuk upah dorang tanpa bekerja itu dibayar diistilahkan sebagai "LOST TIME".

Kalau contohnya aku tertido selama 1 jam kat depan PC ni, ke pengsan ke dorang takkan kira sebagai lost time.
Begitu pentingnya operator.

Pagi tadi ada la problem skit kat production.
So berkampung la jap kat sana.
Sambil buat keje tu ku terpikir, kalau la aku dapat bekerja cam operator ni.
Masa dorang sangat berharga.
Kalau nak kira keberkatan dan kebersihan gaji dorang,
aku rasa gaji dorang lagi berkat.
Takder ngula2 ni.
Time is money.
Walaupun bukan duit dorang tapi masa dan kederat dorang boleh menghasilkan duit.

Ku terpikir berapa percent duit gaji aku tu yang betul2 bersih digunakan untuk berkerja.
Blogging time keje, mersembang selepas mengepam, g kantin sebelum bell,
melencong time g supplier.
Kekesalan kah ini?
Takder la kesal tapi terpikir je.
Tapi kalau nak kira bidang keje ku dikira agak flexible dan bermusim.
Time development mmg bz da habis musim development rehat la jugak.

Kalau aku disuruh jadi operator selama sebulan agak2 mampu tak aku?


Pssttt : Dok cari arah untuk 2011.



8 comments:

Normaliza said...

Betul gak tu..kadang2 ada gak terpikir lepas tolak borak2 kosong, berblog, buka internet..berapa je gaji yang kita dapat untuk betul2 wat keje yek..skang ni pun sambil wat keje, boleh plak duk berblog..huhu

Anna Da Lady said...

Aku pernah jugak terpikir bnda yg sama ngan ko. Kita patut bersyukur dgn apa yang kita dapat la ni..Keje tahap macam kita ni (maksudnya middle)sangatla beruntungnya kekdang. Aku rasa kalau ko nak mula dari bawah aka jadi operator, agak susah jugak kot.sbb itu semua memerlukan komitmen, komited yang tinggi..Bayangkan masa diorg rehat hanya waktu rehat..kita nak rehat waktu bila2 pun boleh, asalkan keje kita jalan sebelum tarikh due..diaorg setiap masa adalah masa due..betul tak?

nurbijen said...

pernah gak terpikir tang ni... tp bila pk balik, masing2 adalah kelebihan tersendiri :)

Unknown said...

Normaliza : Nak kata rezeki kita pun ye jugak. Tapi setiap pekerjaan tu ada kelebihan da kekurangannya.
Mungkin jgk time balik pun dok pikir pasal keje.

Kam : Betul tu. Tapi dari segi lagi operator da balik da tak payah pikir pasal keje. Tapi kita balik pun kepala berlegar2 pasal keje lagi. Blum citer pasal tanggungjawab atas segala keputusan y kita buat.

Kak Nor : Betul. Masing2 ada peranan sendiri. Paling peting untuk kita ingat jangan persoalkan orang tu tak buat keje orang tu tak penting. Apa y kita tahu pasal keje orang. Betul tak?

Semua orang memainkan peranan masing dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Wah..Wah..Wah..Bukan main lagi aku ni. Maaf ye teman2.

Imaan09 said...

ko bercakap macam engineer..but why..#*(&*#(#!**@..??ngeh3..

Imaan09 said...

beb..ko jg mangsa teg


http://imaanlucky09.blogspot.com/2010/11/jom-terjah-blog-anakdaraden.html

CHeeSYaNa said...

Selalu sangat terfikir psal ni. In fact, biler amik masa ofis utk pump pon aku terfikir, halal ker susu anak aku ni sbb aku pump dalam masa berkerja.. So, utk menyedapkan hati.. aku tak pernah claim if kena g meeting kat luar.. Kira lebih kurang ler.. Pastu, if mampu, balik ler lambat sekali sekala.. kira mcm balas balik ler masa tu.. dalam 30 minit pon jadikler

mimi said...

Pon pk yg sama. Tp kalo dh mmg xde task nk wat mcm mane kan..
Um.. Apa2pon pk kan je as long as keje siap insyaAllah berkat.