Pages

Tuesday, January 24, 2012

Home Organizing - Kitchen

Bila da memindah randahkan 1 space,
space lain pasti akan terjejas.
So bgi project workspace mama, dapur la yang terjejas.
Dapur ku kira luas jugak la, so bila letak meja makan kat dapur,
ruang kerja ku xder la terbatas sangat.

Ku tak mengidam dapur yang luas terbentang macam padang bola.
Sumber Google

Cukup la sekadar ada built in cabinet yang lengkap dan tersusun dan
setakat gerak maksimum 5 langkah da dapat capai barang yang kita nak.
Sumber Google
** Suke rak pinggan tepi singki yang terletak kt dinding tu**


Ku paling suka dapur rumah sewa ku dulu masa kat Puchong.
Memang sempit.
Kalau buat keje 3 orang da cukup untuk tersimpul kaki masing2.
Ada cabinet, table top warna light orange, dinding color stricking Orange.
Dan menurut tuan rumah, untuk buat itu aje dia habis almost 10K
(termasuk buat dinding konkrit nak cover ruang dapur dan pintu masuk)

Huuu.. so dapur idaman ku pun begitu jugak.
Tapi tu la budget besarrrr ooooo...
So ku simpan dulu impian ku dalam hati dan dalam blog ni.
Kalau selalu ingat mesti jadi kenyataan.

Okkkkkk... back to Realiti.
Sebenarnya dengan memindahkan meja makan ke dapur xder la terjejas mana.
Tapi demi misi organizing ini, ku memerlukan 1 ruang kerja / work kaunter yang selesa.
Maksud selesa adalah tiap kali nak buat keje ku tak payah nak alihkan itu ini.
Dan semestinya selamat.
Anak dara ku yang da makin tinggi tu da boleh mencapai barang kat atas cabinet dapur.
Salah 1 tempat yang bahaya kat ruamh adalah dapur.

So ku kena improvekan ruang buat susu untuk Kaseh.
Sebelum ini adalah ...

Botol susu, termos, dan bekas susu ku susun kat atas almari yang berwarna coklat tu.
Tapi Kaseh ku yang bijak pandai tu da dapat capai barang kat situ.
Selain itu kadang bila ku masak periuk juga ku letak bersebelah.
kadang2 jugak bila ku nak guna oven ku kena alihkan barang kat situ dulu.

Sooo... Ajak papa g giant..
Maka ruang itu menjadi begini..

Ku sukeeeee...
Ruang kerja ku menjadi luas..
Kaseh mesti tak boleh capai lagi.

Walaupun tak cantik.. tapi organise dan keselamatan diutamakan.
Ku suke buat kerja di dapur ku ini.

Info Dapur :
1. Memang susun atur dapur ku sangat minimum.
Rak pinggan kecil dan peralatan dapur pun skit je sbb prinsipku lagi banyak barang lagi banyak keje.

2. Kaunter untuk persediaan memasak papa buat sendiri, masa Kaseh nak lahir dulu.
Nak tempah table top mahal oo.. so papa DIY je.
Bancuh simen, tampal tiles,
siap senget benget lagi sebab salah ukur tiles.
Kenangan tu.. sebab nak sambut anak lahir punyer pasal.
Nak dijadikan tempat mandikan baby, klu pakai singki je mesti tak kukuhkan.
Dan ruang tu memang sangat berguna dan sentimental.
Nak tengok?
Haaa.. malu laaa sebab biasa2 je tapi bangga dengan kegigihan papa melayan orang rumah dia ni.
Nanti kalu ada N3 yang berkaitan ku tempek la gambar ruang peberet mama tu.

No comments: