Pages

Friday, January 20, 2012

Tiada Kawan

Baru lega dari kebedebaran yang boleh membuatkan demam.
Semalam dapat PM dari Umialya bagitau yang rumah keciq kasehku-hidupku ni xbleh bukak
sbb ada virus dari antara link yang ku buat.
Masalahnya ku still bleh update cam biasa dan pelawat pun cam biasa gak.
Tu yang tak perasan.

Bila guna PC kat opis pun still bleh bukak.
Suruh Imaan09 bukak pun xder problem katanya.
Bukak blog siocakecil, dia ada komen kt entry yang ku komen bgtau yang dia xleh masuk blog ku.
Last sms adik ipar tanya ada bukak blog ni ke tak.
Dia kata tak boleh bukak sampai dia ingat ku block dia dari bukak blog serba kekurangan ku ini.
Dari opis mmg serba tak kena.
Rasa cam nak amik halfday sbb nk setelkan problem ni.

Balik tu amik Kaseh, terus mengadap PC.
Idea aku hanya check N3 lama2 dan delete link yang dikatakan bermasalah tu.
Baca PM Kak Tini dia cadangkan Unfollow je blog SxxxSxxxx tu.
Ku cari la blog tu kat list blog y ku follow tapi xder.
**Malam sebelum tu ku delete y link ke kat tepi tu je tp still tak berjaya**
So ku amik keputusan untuk Unfollow semua blog. **89 je**
Tercongok la depan PC sambil coba juga check N3 lama.

Da terpikir da nak kena buat blog baru ke.
Bleh ke save je sume N3 lama tu.
**Harta tu sok nak kasi kat anak-anak**

Ku terjelingkan Kaseh, dia minum susu sambil golek2 dari tengah hall sampai ke depan TV.
Main sorang2.
Sian dia.
Mungkin dia paham perasaan mama dia yang tak keruan tu.
Setelah segala ikhtiar yang terbaik da dibuat dan jalan da buntu.
Even aku tak belh check pun masalah selesai ke tak.
Ku amik keputusan nak stop. Dekat kol 7 blom masak lagi.
Baru nak masuk dapur.
Kaseh tarik tangan,

Kaseh : Nak ulish (Nak tulis)

Dari tadi dia tak kacau, bila aku bangun nak masak dia plak da minta perhatian.
Ku amik pen n kertas.

Mama : Kaseh tulis mama nak masak.
Kaseh : Uduk Ini (Duduk sini) sambil tepuk2 lantai sebelah dia.

Nak dibiar tak sampai hati sbb dr tadi ku tak layan dia dan dia pun tak kacau aku.
layan dia tulis2 baca2 kejap..

Mama : Kaseh, mama nak masak ye, kejap lagi papa balik nak makan nasi.
Kaseh : Unggu..Unggu (Tunggu..Tunggu) sambil angkat tangan.

Ku layan lagi.
2-3 kali gak minta diri tapi ayat dia still sama.
Tapi bila da lambat sangat..

Mama : Jom Kaseh kita masak jom.

Ku terus bangun.. dan Kaseh pun ikut je.

Bakar ikan cencaru je ngan goreng kacang buncis.
Da siap masak, sebelum naik mandi, coba nasib bukak pesbuk.
Alhamdulillah.. Kak Tini kata da ok.
Wahhhhh... lega rasa.

Tapi ku perasan, ku da xder kawan.
Waaaaaa... da tak dpat tengok update kawan2.
tapi takper la..janji masalah selesai.

Terima kasih kak Tini kerana bagi idea.
Terima kasih Kaseh sebab faham perasaan mama.
Mintak maaf papa, hari ni papa makan lewat kol 9.oo mlm.
Biasa kol 8 da selesai urusan perut.

Ada sesapa yang tahu macamana nak prevent masalah ni?

1 comment:

Umialya said...

kalu boleh kekalkan blog lama, sayang sbb byk kenangan membesarkan Kaseh di sini..

Insya Allah, ok daa, sebenarnya hampir seminggu gak xleh jengah sini tp pada mulanya tak ambil kisah, ingatkan pc kat umah yg bermasalah

biasanya google chrome @ mozzila firefox cepat sgt kesan kehadiran virus, terus warning, explorer ok, boleh je masuk seperti tiada masalah, tu yg sedar2 pc 'hang'