Pages

Tuesday, January 24, 2012

Home Organizing - Mama Work Space 2

Sempena CNY, coti 4 hari, tiada plan kemana-mana, tiada undangan.
Fuhhhh.. Rahmat Allah.
Kehidupan Impian Ku.. Dok kat rumah dengan anak dan suami.
Heeee.. rehat yang secukupnya..
**Rehat bagiku bukan dok diam2 tapi dok dirumah sambil buat kerja rumah dan keluar bila da boring. Bukan keluar dulu lepas tu baru balik buat kerja rumah. Ouhhh.. itu coti yang tdak bermakna bagiku**

Ok. Let's fokus to the topic.
Seperti yang diterangkan di N3 sebelum ini.
Ku merancang satu work space / activiti space / multipurpose space untuk mama.
Mula2 nak buat kat sini.


Dimana agak tersorok dari pintu masuk.
So kalau sepah pun tak per.
Tapi banyak kekurangan diruang itu antaranya,
plug xder so nak kena cross ikut tengah rumah kalau nak guna ruang itu untu cas laptop.
lagi pun sistem pengudaraan tak bagus dan panas skit la.
Kalau banyak sangat kekurangan dan kena adjust itu ini nanti tak guna lak ruang itu.

Lagi pun kalu objectifnya nak sorokkan ruang bersepah maka objective Organizing tidak dapat dicapai.

Ciri-ciri organizing adalah,
Kena establishkan ruang itu supaya sentiasa kemas dan tersusun dengan aktiviti harian kita.
**Objectif tafsiran ku sendiri**

So ruang lain telah dipilih.

Ruang ni bertentangan dengan tangga.
Asalnya meja makan tu kat dapur tapi masa buat open house hari tu terus je letak situ.
Maka meja makan itu menjadi ruang serbaguna jugak la..
Meja makan, meja laptop, meja landing barang bila balik kerja dan kadang2 meja menjait.
**Gambar ni disnap setelah kerja2 memindah dimulakan so agak bersepah la. Dan tali yang terjuntai itu digunakan untuk mengikat tali almari dimana Kaseh suka buka dan hempas**

Dan setelah dipindahkan ruang ini jadi begini..
Rak buku dipindahkan ke situ.
Almari display tadi pindah ke tempat rak buku dimana sebelum ni bertentangan dengan pintu masuk.
Meja study diletakkan di situ dimana bersebelahan dengan plug.
Nasibaik rak buku matching color dengan meja unless for the kerusi la.
Kerusi meja makan digunakan..heeee
**Kata objektif menggunakan barang yang ada**

Bab lokasi dan kepraktikalan memang sangat berpuas hati.
Da 2 hari guna area ni.. Ku tak payah angkut2 laptop untuk cas.
Kadang2 dok cari maner aku selit laptop aku ni.
Heeee... Memang tak organise langsung.

Tapi bab organize rak buku itu sendiri masih blom berpuas hati. Antaranya :

1. Rak ni jadi landing space papa.
Maksud landing space ni, bila masuk je rumah where you drop all your stuff.
Macam wallet, pen, bag dan semua2 la.
Suami ku ini quite cerewet skit bab usik2 barang2 dia sbb dia jarang ubah2 tempat dia letak barang.
Ku pernah mencadangkan tempat lain tapi dia letak situ jugak..
So aku kena pikir method supaya walaupun dilambakkan 1 tempat tapi still nampak kemas.
Yang advantagenya suami ku ini tak letak banyak tempat seprti aku. Heeee.
Ni will be mini project for organizing.

2. Document Arrangement
Nampak tak file yang macam opis lawyer tu?
Tu pun da kira better sebab ku da tukar file guna file yang seragam.
So xder la caca merba sangat.
Tapi sebagai ruang yang boleh dilihat oleh orang dengan jelasnya,
agak kurang senang la bila orang nampak nampak mane kita letak document rumah, insuran dan sebagainya.
So my next mini project adalah sistem filling yang menarik dan tak terdedah sangat.

3. Arrangement Barang Kaseh
So far toys Kaseh ku masukkan dalam kotak.
Kalau tak selagi ada tersusun elok selagi tu la dia keluarkan.
Tapi plan nak buat ruang ni sebgai ruang aktiviti Kaseh jugak.
Nak belikan meja kanak2 dan play mat.
sok da ada baby mesti baby nak berguling2kan.
So ni pun masuk dalam list project jugak la.
Tpi ni kira project besar so lambat skit la.

So far ni la progress Work Space mama.
So next step is settlekan mini project dan make sure ruang ini kekal kemas dan berguna.
Suke tengok gambar2 dan idea2 di tempat orang.


Ada sesiapa yang nak update bagaimana anda mengorganizekan rumah anda?
Tolong la update dan beri idea.
Saya yang serba kekurangan ini amat memerlukan bimbingan anda.

No comments: