Pages

Sunday, January 29, 2012

Kaseh Dibesarkan Serba Sederhana

y
Sorry la pembaca sekelian.
(Ku tau pembaca xramai.. ni untuk yang terbaca)
Mood malam ni agak emosi.
Mungkin sebab seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni.
Atau mungkin sebab papa xder menyebabkan emosi ku terlencong..
Atau mungkin sebab hormon ibu mengandung ini.

Bila tengok Kaseh jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain,
Kaseh sangat la serba cukup2 aje.
Ini mungkin disebabkan life style papa and mama dia jugak.
Kami sangat la cukup2 aje.
Tiada pakaian branded (baju longgok pasar malam rm 5 je kami pakai)
Tiada handbag mahal / branded
(Skrg ku dok guna beg yang menang giveaway setahun lepas dari Imaan09)
siaran TV pun guna yang free aje (guna ariel TV cap Giant harga RM 30)
Tiada cuti2 Malaysia sana sini.
Tiada makan makanan yang berbelit2 lidah nak sebut.

Sangat la biasa.
Mungkin sebab kami tak terfikir kearah benda2 bgitu?
atau kami suami isteri berfikiran songsang?
Atau kami tak mampu?
Atau kami tak berfikiran luas?
Atau kami ketinggalan zaman?

Ok la.
Back to soal Kaseh tadi.
Ku kategorikan dari beberapa espek.

Kami Tiada Astro / DVD Player
Jadi Kaseh takkan tau pasal Astro Ceria ke, Discovery Channel Ke.
Kaseh takkan kenal CD Upin-Ipin / BoboiBoy yang boleh ditengok berulang kali.
Kaseh hanya tengok yang disiarkan 15 minit Upin Ipin.
Bila cakap habis.. maka habis la.
Atau mungkin sebab Kaseh blum pandai tengok lagi.
Tengok la setahun dua lagi da pandai minta2.
Sekarang ni hanya tau mintak Chicken Dance, Twinkle2., If You Happy, Pin-Pin and Boboiboi kat youtube.
Kalau tak on lappy so xder la dia minta.

Kejam kah kami membantutkan hiburan anak ku?

Kami Guna Baju Sampai Reput.
Kalau tengok papa skli pun, baju 5-6 tahun lepas pun pakai lagi.
Ada yang sampai kolar reput.
Tapi yang tu best pakai kat rumah.
Lembut dan sejuk.
Mama banayk rembat baju2 lama papa.
Jadi begitu juga Kaseh.
Baju yang Kaseh pakai dari sebelum 6 bulan pun Kaseh still pakai sampai sekarang
sebab masih muat.

Contohnya baju ni.

Ada jugak baju Kaseh yang da bertahi lalat.
(Tak tau la sbb cra aku menguruskannya tak betul kot)
Still ku pakaikan kat rumah.
Kalau da tak muat sangat baru ku simpan.
Hari tu masa basuh baju2 lama untuk baby baru,
ku basuh je semua dan lipat balik.
Ada yang da nampak sangat teruk bertahi lalat dan ada yang nampak lusuh.
Terdetik gak, bleh pakaikan lagi ke ni?
Tapi ku simpan jugak.

Borak2 ngan MIL, dia kata yang tak elok tu buang je la.
A'ah la.. buat ku terpikir balik.
Apa daaa.. Ada ke yang da teruk2 pun still simpan.

Tapi mak bapak dia pun selagi muat mmg pakai walaupun da lusuh.
Tu yang best pakai.
Kejamkah kami?

Kami Guna Barang Murah
Serius.. Kalau baju ibubapa Kaseh ni kalau cecah RM30 pun da rasa mahal.
Tapi ada la beli tp sangat jarang.
Kalau macam utuk raya ke beli la.
Tapi tak menjadi kebiasaan beli baju setiap bulan.

Begitu juga Kaseh.
Kalau nak merasa baju2 mahal pun hadiah dari makcik2 Kaseh.
Macam gaun2 adik ku yang kat kulim tu suke belikan.
Biasanya harga dalam Rm50 - 70.
Kalau suar jeans / TShirt / Sandal branded cam Poney ke adik ipar ku suke belikan.
Tu 1 piece mau dekat seratus.
Segan gak sbb mama tak pernah belikan barang2 mahal untuk Kaseh.
Mama rasa la yang paling mahal pun botol susu Avent yang besar tu.
Dalam rm70 gak.
Memang klu bab penyusuan / pemakanan Kaseh ku mmg berikan yang terbaik.
Susu Kaseh pun paling murah masa awal2 dulu.
Mau tak murah klu BF - Free je tapi tak ternilai. Tak jual kat mane2 pasaraya terkemuka.

Pas da amik formula ni, Kaseh minum susu yang paling murah jugak yang paling senang dapat dipasaran.

Kami Beli Yang Perlu
Kami suami isteri ni mmg la sehati sejiwa.
Kalau jam tangan, mmg 1 jenis je.
Xdernya cam sesetengah org jam hari2 tukar.
Selipar pun 1 aje, xdernya bersusun macam2 patern dan pakai mengikut warna baju.
Sbb tu sandal ku warna hitan / coklat sahaja.
Boleh match sume, da putus atau lunyai atau da cukup syarat nak masuk plastic sampah,
baru la beli yang baru.
Sbab tu la rak kasut kami sangat lapang.

Begitu juga Kaseh.
Terutama bab toys.
Kaseh xder toys yang pelbagai.
Macam anak patung.
Ku beli la 1 patung Tiger yang tingginya dalam 2 kaki.
Tu pun sbb ku tengok kaseh xder toys.
Yang bleh jadi 2-3 ketui kat rumah ni pun sbb orang punyer,
Tiger Kecik - Arfan punyer. Kaseh suka sbb kecik kot dari yang mama beli.
So senang nak dibabykan.
Sampai sekarang tu la toys peberet Kaseh.
Di pakaikan pampers, bila balik skolah je dia akan g kat baby dia tu buat gaya
"Alalala..baby"
**Ni ade citer menarik pasal Kaseh n babynya.. Kena bt N3 lain**

Patung Mouse - Selongkar kotak2 lama terjumpa la patung ni.
Kepunyaan adik aku.
Ku basuh dan kasi Kaseh main.

Patung Bear - Adik ipar ku si Mak Jah yang kasi sempena besday kaseh yang pertama.

Patung Turtle - Ni beli masa kat kampung dulu. Ni pun atas sebab kaseh xder toys.

Macam toys lain seperti kereta ke lori ke semuanya nenek yang belikan.
Ktrg tak belikan sebab rasa tak perlu.

Bola ada 2 sbb ltk kat rumah 1 letak dalam kete 1 sbb standby klu nak g lepak dataran.

Toys Bunyi - Ala yang macam konon2 lappy tu.
Bila tekan ada bunyi animal.
ni pun ku beli sbb bila g rumah orang tgk toys org berbakul2 dan Kaseh suke main yang ada bunyi.
So mama pun belikan la.

Toys yang jenis beli2 kat kedai2 runcit ni ku tak pernah belikan sebab ku rasa tak perlu.
Sian Kaseh bila g umah nenek macam2 toys Arfan ada.
Kaseh tompang main.
Tapi kami suami isteri berfikiran banyak2 pun Kaseh bukan main sepanjang masa benda tu.
So tak guna, jadi tidak diperlukan so tak payah beli.

Kejamkah kami?

Kami yang Tidak Menyeronokkan
Sapa kat sini yang tak pernah g Taman Tema Genting Kota Keriangan?
Kami Suami Isteri..
Sapa yang tak merancang pun nak ke Taman Tema Genting Kota Keriangan?
Kami Suami Isteri.

Adakah bermaksud kami tidak riang?
Ouhhh.. Kami sangat riang dengan cara kami sendiri.

Kami suke benda yang relax cam lepak dataran Shah Alam,
lepaskan kaseh kat padang main basikal / bola.
Gi Wetworld / mandi Sungai / pantai.

Tapi kalau kaseh ajak g Genting 1 hari nanti?
Tak riang kah Kami?

Dari beberapa perkara yang disenaraikan di atas,
adakah kami mendidik anak2 kami tidak mengikut peredaran zaman?
Salahkah kami?

Kaseh, mama dan papa minta maaf jika cara pemikiran dan lifestyle kami membuatkan Kaseh tidak sama / ketinggalan dari kawan2 Kaseh yang lain.
Apa2 pun kami tetap mahu Kaseh jadi yang terbaik walaupun kami tidak memberikan yang terbaik untuk Kaseh.

8 comments:

Anna Da Lady said...

insyaAllah, semuanya terbaik...kita tengokla balik zaman kita dulu2..mana ada semua yang kita tengok skang ni..tapi ok je...kita pun gembira je...

Anonymous said...

baca blog akak mmg besh...byk yg sy pljari.bguih akak didik kaseh dr mula cmtue..sbb bkn sume bnda2 tue mnjanjikan kejayaan...x de astro pun blh idup.x de mainan n pkaian mewah pun blh je idup..cayok kak!!!

Unknown said...

Kam : Klu pikir gitu mmg la. Klu tak mne datang kita y senantiasa gembira ni. Heee

Anonymous : Apa la y nak dibeljar dari blog yang skadar surat untu anak-anak ni. Ni je la bekalan untuk mereka tahu kenapa ibubapa dorang ni buat sesuatu. Mungkin jugak saya tak berkesempatan nak explain sendiri kat dorang dan cara ni yang mungkin buat mereka lebih mengenali ibu mereka. Fuhhh.. Emosi lak..

Umialya said...

kalu kita rasa cara kita terbaik buat anak2, teruskan..

Setiap dari kita masing2 punyai pandangan tersendiri di dalam mendidik anak2

Unknown said...

Kak Tini : Saya bukan nak kata ini cara saya didik anak. Tapi cara hidup dan cara memikiran kami suami isteri yang menyebabkan cara kami layan anak2 sebegini. Persoalannya adalah.. Adakah betul apa yang kami buat / kami bersikap tidak adil dgn anak2. Adakah anak2 memerlukan apa yang org lain dapat? Serius kak saya takut 1 hari nanti Kaseh menyalahkan kami.

Umialya said...

jgn risau Lynd, pasti mereka faham suatu hari nanti, kita telah cuba yang TERBAIK buat mereka..

Unknown said...

kak Tini : Tu yang pentingnya ada blog. Peluang untuk explain kpda anak2 bila drg da besar sok.

Imaan09 said...

for me.. u should be proud.. !