Pages

Friday, January 27, 2012

Home Organizing - Make me feel good

Trust me.
Ku ni tak der la minah sepah mane.
Tapi klu ada sistem ku ikut.
Ku jenis senang mengikut peraturan.
Yang penting ada peraturan la.

Tapi dalam life ku, ku tak boleh mendeclarekan / menetapkan sendiri sesuatu peraturan.
So bila takder peraturan tu yang idup ku tunggang langgang.
Tapi sejak terjebak dalam dunia organizing ni ku rasa ada guide camner nak tetap kan sesuatu peraturan.

Sebagai contoh, ku sebelum ni mmg ada sistem filling yang bagus jugak la.
Tapi kelemahanya sume document ku letak dulu ntah mane2 bila smpai masa yang lapang ku akan cari dan baru susun ikut file yang betul.

So dalam dunia organizing ini,ku diperkenalkan dengan 1 sistem INBOX and OUTBOX.
yang bermaksud apa sahaja surat / dokument yang baru dapat dan tidak dapat diasingkan lagi diletakkan 1 tempat dan peruntukkan 15 minit seminggu untuk asingkan mengikut file.

Kalau outbox pulak, cam urusan yang kita perlu selesaikan nanti.
Sebagai contoh, bil dan apa2 yang perlu dibawa keluar dari rumah.

So kita akan tahu apa urusan yang belum setel dengan merujuk ke tempat outbox.
Sebagai eksperimen selama seminggu ni,
ku rasa semua urusan ku DONE.
Dan segala bil yang perlu dibayar juga sudah standby menunggu gaji.
(Ku mmg spesis suka bayar bil - suka tengok amount dlm akaun berkurang cpt sbb nak setelkan utang - normal kah..?)

Dalam urusan dapur pulak.
Dapur ku xder la sepah mane sblm ni.
Tapi disebabkan kena alih itu ini bila nak buat keje disebabkan xder ruang kerja yang memuaskan so dapurku nampak cam sepah.
Tapi sejak terjebak dalam organizing jugak la, ku rasa kerja dapur ku semakin lancar.

Boleh dikatakan setiap hari ku masak sekarang,
Sampai En Suami kata "Nak masak lagi ke hari ni?"
**Tak tau apa niat dia tya mcam tu**
Mungkin dia tak percaya ku bleh masak lebih dari 3x seminggu.
Hahahaha..
Tapi ini disebabkan dapurku yang organize dan ku masak dengan lancar.

Still ada beberapa benda yang perlu diperhalusi dalam Home Organizing ku ini
supaya hidup ku lebih "Feel Good"

Ini salah salah satu contoh organize ruang dapur.
Kiri - Before
Kanan - After


Dicilok dari sumber ini.

Masih Mode mencari idea sebelum meletup ni.
So bila da anak 2 nanti ntah sempat ke tak nak pikir sume benda ni..

No comments: