Pages

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Laman Kami

Buat Organizing Photo.
Jumpa la gambar2 lama.
Seronok gak tengok gambar2 lama.
Dan terjumpa la gambar ini.

Wanita mengandung yang sedang menggosok batu.
Heeee...
Tak ingat masa ni pegnenkan Kaseh berapa bulan.
Huuu.. Bukan nak fokus pada gambar wanita itu.
Tapi aktiviti wanita itu.

Ku pindah ke rumah ni masa bulan August 2009.
Dan masa mula2 pindah mmg suka sangat mengerjakan laman yang sekangkang kera tu.
Masa raya orang sibuk beraya kami suami isteri sibuk dok mintak pokok bunga orang.
Paling tidak sebulan sekali mesti ke Sg Buloh sbb nk cari pokok bunga.
**Geng ngan MIL**
So ku pun kumpul2 la gambar transformasi laman.
Yang mana jumpa je la.

Masa zaman ni xder la mula berblogging lg tapi mmg suke gmbr.
Skrg ni amik gambar salah 1 agendanya sebab nak update blog.



Ni masa gambar masa tengah2 excited dulu.
Tanam rumput karpet.
Pokok yang macam2.
Susun2 batu.
Ni salah 1 sudut.
Macam2 pokok ada..
Pokok yang diminta dari rumah orang dan ada yang beli.
Water fountain tu lak kami beli saperate dan "bina" sendiri.
Kalau beli 1 set mau Rm 200 - 300.
Yang ni modal dalam RM 130 je.


Ni Sudut yang lain.
Pokok2 dirembat ditepi jalan.
Pokok pisang kipas tu je yang beli RM 10.

Ni salah satu sudut yang ku paling suke dulu.
Pokok gantung warna purple tu hidup dengan segar bugar dan menjalar sampai ke line merah bawah tu.
Tapi pokok jenis ni xtahan lama.
Da sampai masa kering lah dia.

Tapi perubahan bermula selepas...
Ku pasang awning.
Sehari sebelum ku bersalin.
Heee.. Isnin ku cuti sbb org nak pasang awning..selasa ku bersalin.
Heeeee

Terus pasang full.
Rumput karpet tu kna cahaya matahari.
So bila pasang awning rumput tuda mula kuning.

So kami melupuskan rumput kami.
Lagi pun bila park 2 kete, rumput yang paling tepi selalu kna gilis kete.

Maka terkubur la rumpur itu..
Ratakan pasir.

Dan letak batu2 licin hitam putih tu. (xder gambar)
Mengharap la jadi ala2 bali.
Tapi tidak...
Masalah tetap sama..
Bila park kete batu tu jadi terbenam.
Tak cantik jugak la.
Lagi pun sekarang mama yang kena park sebelah dalam so angle selalu over shot.
Heee..
Dengan ini.. kami mengambil keputusan untuk babai kepada taman astakonah kami.

Simen je semua.
Tinggal je skit kat ujung pagar.
Simen yang lebih tu papa tutup atas longkang kat luar.
Sume pasu diletak je kat luar.
Maka yang tinggal hanya la ini.

Dok berangan kalau ada budget tiles je semua.
huuuu.. lambat lagi la.
Project menyimen laman tu dilaksanakan masa cuti CNY hari tu.
Mama dok Home Organizing dalam rumah papa dok buat kerja2 penurapan di luar rumah.
Modal?
Hanya 1 bag simen.
Pasir guna yang lebih buat singki 2 tahun lepas.
Modal kederat papa je la.
1 lagi kelebihan bila DIY.
Bila nak buat je beli barang terus ON.

Apa akan jadi di masa depan xtau lagi.
Datang idea buat je la.
Masa Kaseh dan adik2 baca N3 ni ntah apa rupa rumah kita ni kan..

1 comment:

Anna Da Lady said...

wah..bestnya tengok ko nyer bunga /pokok macam2 jenis...aku pun berminat dgn benda2 cenggini..dulu masa kat penang (umah kami before pindah KL), laki aku ada buat satu port depan umah untuk garden kecik...aku suka giler...kalau pagi2, aku suka gi tengok garden kecik tu..lani kat kl, ada jugak laman...cuma, tak banyak lagi bunga2 an..baru beli 3..tupun satu dah nak mati...hmm...ntahla..tangan aku ni tak subur ke?