Pages

Sunday, January 15, 2012

Tafsirkan..

Tak tau nak luahkan kat mana.
Nak tulis kat blog.. objective blog ini dibuat adalah untuk pembacaan anak-anak mama.
Nak tulis kat Fesbuk.. Bukan cara mama sbb rsa cam nak tunjuk perasaan kat org..
So last skli pilih blog jugak.. sbb mama nak anak-anak mama belajar dari kesilapan mama.

Hidup ni.. Bukan dalam kawalan kita.
Apa yang akan jadi esok kita tak dapat jangka.

Hidup kita juga bukan cerita cerekarama yang mepunyai fokus hanya pada pelakon utama.
Semua orang ada jalan cerita hidup masing-masing.
Semua orang ada tafsiran masing-masing tentang apa yang mereka jalani setiap hari.

Contoh.. Senyum.

Ada orang boleh senyum sepenuh masa walau apa yang bergelodak dalam hati dia.
orang sebegini kita tak dapat nak tafsir siapa dia yang sebenar.
Ada yang kata dia hipokrit..
Yeke?
Yela..Tak ke hipokrit kalau asyik berlakon je.
Nampak cam suke tapi dalam hati tu menyumpah seranah.

Tapi kalau saya kata dia kuat semangat?
Yela..dia boleh mengawal emosi dan riak wajahnya walaupun hati tak suka.
Orang macam ni dia boleh menjaga hati orang lain.

Ke dia xder perasaan?
Mungkin jugak..
Hati dia mentafsirkan sesuatu itu sama rata.

Ke blur?
Hati dia tak dapat nak proses emosi apa yang patut ditunjukkan.

Moral of da story..
Apa yang kita tafsirkan mengenai seseorang itu tak semestinya betul.
Dan apa sahaja yang apa yang kita tengok tak sama dengan apa yang kita biasa buat..
Itu tak semestinya SALAH.

Kita kena sentiasa ingat yang kepala kita adalah 1 titik kecil dalam dunia.
Apa yang kita tahu tak semestinya bermaksud 1 dunia berada dalam kepala kita.

Apa yang penting kita terima orang sekeliling dengan perasaan yang MENERIMA.
Kita tak tahu apa yang orang itu rasa..
Dan kita tak semestinya betul jika mereka berbeza dari kita.

Jika kita rasa mereka salah dan kita ada niat nak membantu?
Ermm.. Sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri ini kesekian kalinya...

Tak semestinya apa yang kita tafsir / lihat dan rasa itu adalah benar..
Jadi biarkan sahaja..

Ampun Ya Allah..
Atas ketelanjuran hati ini mentafsir dan bertindak.
Ini menyebabkan lebih ramai yang terluka..
Akan ku biarkan dan diamkan jika itu yang terbaik..




No comments: