Pages

Sunday, February 19, 2012

DiLuahkan..

Hopefully dengan terpostnya entry ini..
mama akan lebih bersedia.. dan lebih redha..
Mama nak anak-anak2 mama tahu apa yang mama rasa dan apa yang jadi pada keluarga kita sekarang.

Rentetan dari Entry ini.

Papa..
Setelah 4 bulan bekerja ditempat baru..
3 bulan training..
Selama itu juga berdebar.. kemana papa akan dihantar nanti.
Jumaat lepas..17 Feb..
Papa da tau dapat mana..
TEMERLOH..

Masa papa bgtau dalam telifon, mama masih mengharap yang papa hanya nak buat lawak.
Sbb masa interbiu habis traning tu papa da inform yang "Isteri saya tengah mengandung"
Tapi atas sbb2 tertentu papa still dihantar ke luar lembah Klang.

Balik rumah..
Diskuss..
Disaat mama minggu ke 36 papa start ditempat baru pada 27 Feb.

Hati.. Ya Allah..
Hanya dia yang tahu.

Pilihan yang ada:
1. Just accept it.
Papa cari rumah sewa dan balik seminggu skli dengan perjalanan 2 jam setengah.
Bila dekat ngan due, mama akan ke Temerloh dan pantang disana.

2. Papa berhenti kerja dan cari kerja lain.
Ini mmg risiko tinggi.

Masa ni mama rasa dunia mama gelap gelita.
Jika hanya mama sahaja yang ada mama rasa mama lebih rela koma seminggu dan tunggu papa balik seminggu skli.
Tapi mama ada Kaseh.
Mama perlu kuat..


Lepas solat maghrib.. Papa turun..
Datang pilihan ke - 3.
Papa beli motor yang agak berkuasa tinggi dan ulang alik.
Papa cakap dia tak sanggup tak jumpa anak-anak sampai seminggu.

Mama lega.. Sikit..
Fikirkan keselamatan papa berada dijalan raya terlalu lama..
Pikirkan kesihatan papa yang tak cukup rehat.
5 jam hanya untuk travel.

Pada pendapat papa :
Rumah perlu disewa disana, duit minyak ulang alik seminggu skli, duit makan da terbahagi 2 juga.
Itu semua kos juga.
Jika beli motor pun kos, tapi dengan pengorbanan yang tak dapat dinilai dengan duit untuk melihat anak-anak membesar didepan mata tidak ternilai dengan wang ringgit.

Mama lega.. Mama nampak sedikit cahaya..
Tapi mama masih tak menaruh harapan yang tinggi.
Sbb lokasi sebenar tempat tu tak diketahui lagi.
Kalau perjalanan lebih jauh.. Macamana..
Mama masih dalam mood membina kekuatan diri dan membayangkan situasi yang paling buruk..
Supaya bila diberi kesenangan mama lebih menghargainya.

So far.. Ini plan kami..

Seperti entry sebelum ni..
Kami baru sahaja menyelesaikan "sesuatu" yang boleh dikira sebagai berita baik untuk masa depan kami.
Pagi mama setelkan berita baik itu.. dengan membawa sinaran dan perubahan dan impian.
Petang.. mama terima berita papa.
Hari yang sama..

Tapi berita baik itu digunakan kearah yang lain.
Walaupun agak frust sbb impian terpaksa di divertkan ke arah yang lain..
Tapi itu still berita baik.

Kalau mama tak uruskan berita baik itu dari awal apa yang jadi pada kami sekarang?
"Nasib baik...." ayat itu yang terluahkan membuatkan kami still bersyukur.
Bersyukur setiap langkah yang kami buat atas keizinan Allah...
Memberi maksud yang baik walaupun bukan dari apa yang kami angan-angankan.

Tapi untuk langkah yang ini.. kami masih menunggu apa hikmah yang Allah berikan.
Kami redha.. Kami masih mampu senyum.. Kami masih mampu gelak..

Papa..Mama akan setia dan tabah menempuh ujian untuk kita..
Mungkin Allah nak melihat bagaimana setianya mama disisi papa walau susah atau senang..

Untuk Kaseh dan adik..
Kalian berdua sumber kekuatan mama.
Mama mampu berdiri sebab kalian.
Mama mampu menahan air mata ini sebab kalian.
Mama mampu tersenyum sebab kalian.

Ya Allah..
Jika Kau tarik segala harta benda didunia ini..
Aku redha..
Tapi jangan Engkau tarik sumber kekuatan ku.
Aku redha dengan ujian-Mu.

6 comments:

ayukhairy said...

lynd, walaupun tak tau sangat prob ni dari awal,moga hadapi dugaan ni dgn tenang ye...

apa2pun, cuba buat solat istikharah..moga ada jalan penyelesaian ye..

all the best

Fizah said...

beb, aku baru baca blog. blk kg takde coverage wimax.

i really2 understand ur situation now (eh spikang pulak)

sbbnya, aku PERNAH alami apa yg ko alami.

masa tu 2008, aku tgh pregnant. husbnd aku masa tu offshore, then dpt tnb. tapi kat kluang. igt tak yg ko dtg ngan lea umah aku bawak durian..? ha, waktu tulah.

aku hampir quit master sbb nak ikut husband waktu tu. tp nasib tak jadi. ALlah mudahkan, jumpa co-supervisor kat uthm. so aku proceed ikut gi kluang. beza kes aku, aku ngan hubby je masa tu. ko skrg ada Kaseh kan..hmm

kes aku pulak, mungkin nak jadi asbab, pegnant kali itu tak jadi, keguguran. Allah Maha Mengetahui lynd. Allah uji sbb kita minta jadi orang yang beriman dan bertaqwa. kita minta syurga dari Allah. jadi, Allah nak tgk layak ke kita ni? walaupun iman kita lemah, tapi Allah Maha Pengasih. tidak terjadi kepada orang muslim itu melainkan kebaikan belaka. ketika dia diberi kebaikan, dia bersyukur maka kebaikan untuknya. ketika dia ditimpa musibah, dia redha maka kebaikan juga untuknya. lynd, sabar ok...:)

Unknown said...

Ayu : Thanx. Anyway bercerita disini lebih tenang sbb kt tak tahu siapa yang baca. Sekadar luahan untuk melegakan dan diari mama untuk anak-anak2nya.

Unknown said...

Pijot : Serius salah srg y aku tbayang adlh ko. Hidup ni kita kna bersedia. Family yang sempurna tak semestinya suami isteri dan anak2 berada dibawah 1 bumbung dan memikirkan 1 rumah shja. Bila ak tringat ko y kan consider 2 rumah, suami isteri yang belajar mbuatkan aku pikir family is not just 1 house 1 routine. Betul.. Allah maha mengatahui. Kita hanya perlu bertenang dan tunggu.. Baru kita boleh berfikir apa yang ptt kt buat. Berfikir dalam emosi biasanya mbuatkan kita menyesal dikemudian hari. Diam.. Dengar.. Fikir.. Dan Bertindak.. Redha.. Itu yang membuatkan aku lebih tenang dan tabah.

Baie said...

oo..lynd org pun antara yang terjebak dgn PJJ ni. Dalam hal ni, ibu mmg kene jadi keras, kuat, tabah,berani sebab semua pun kena buat sendiri. Semoga lynd tabah hati untuk segala dugaan.

Unknown said...

baie : yup. Tengah membina kekuatan diri. Huuu