Pages

Wednesday, February 22, 2012

Persiapan Berpantang - Bag Hospital

Assalamualaikum..
Episod yang seterusnya adalah..
Bag Hospital.

Masa Kaseh dulu, saya buat asing bag mama and baby.
Sudahnya suami saya yang pening.
Sbb dia yang tukang angkat nnt.
Soo.. untuk kali ini ada beberapa improvement telah dibuat,
dan briefing kepada En Suami juga telah dibuat.

Bahagian Pertama :
Kelengkapan Mama:
Sabun Mandi.
Berus dan Ubat Gigi.
Facial Wash.
Deodorant
Sikat dan Getah Rambut.

Disposal Panties -
Dulu Beli tapi tersilap sbb beli saiz yang tak sesuai (Kecik)
So untuk kali ni tak berani beli banyak.
Beli 1 paket je RM 6.90/6pcs.
Beli kat Tesco, balik tengok saiz Ok, rasanya bleh topup lagi ni.

Kotex Over Night -
Sebonarnya, ni stock yang ada kat rumah.
Baru Beli Double Pack, tetiba pegnent plak.
So stok pad banyak gak la.
Pasni ntah bila lak period balik.
So dari beli yang maternity pad baik guna yang ni aje.
Aci x?
Sama jekan penggunaanya.

Kertas Surat Khabar-
Yang i untuk membungkus pad sebelum dibuang.
Potong siap2 ikut saiz yang dikehendaki.

Sume barang ni sebenarnya, ku jumpa masa mengemas hari tu.
Kadang2 dari free sample.
So mostly bukan yang beli.
Tinggal masuk dalam bag je.

Bahagian Ke 2 :
Kelengkapan Baby:
Pampers
Baby Wipe
Nappy Cream Sabamed -
Adik aku y nurse tu rekemen sbb dia kata rekemen by kementerian kesihatan.

Baby Oil
Minyak Yu Yi
Barut
- Rasanya 3 ni tak guna sangat kot kat hospital nnt.
Tapi standby je.

Bahagian ke-3:


Baju Pertama Baby.
Dulu masa bersalinkan Kaseh,
Papa bagitau bila nurse panggil papa and mintak baju and bedung baby,
papa cam kelam kabut nak cari sbb Papa terkejut sbb ingat blom bersalin,
sekali ropanya da selamat da semua.
So mama da asingkan siap2 sepasang baju, 2 helai pampers dan bedung.
So papa tinggal tarik je dan pass kat nurse.
Ni kena kasi taklimat dulu kat papa.
Mama pilih baju ni sbb cute dan warna oren.
So xkisah la baby girl ke boy ke, bleh pakai je nnt.
Tiada conflict disitu.
Heeee..

Next..
Semua itu dipacking secara berasingan.
Dan dimasukkan semua dalam bag besar.

Susunan dalam bag plak lebih kurang macam ni.


Bag oren tu baju mama yang mengandungi,
Kain batik - 2 helai.
Tshirt dan baju berbutang - 2 Helai
Stokin - 2 helai.
Nursing Bra - Mmg sejak lahirkan Kaseh nursing bra je yang ku ada.
Bag tu akan digunakan sebagai bag baju kotor bila kuar hospital sok.

Lain kelengkapan baby.
Baju,
Towel,
Mitten and Booties
Lampin Kain

Semuanya dimasukkan dalam 1 bag.
Maka jadilah begini.

Barang lain yang tak diambil gambar adalah, selipar, sweater, minyak panas, biskut dll.


Dan janga lupa disaat2 akhir begini,
buku rekod pemeriksaan hospital da macam IC ye.
(Buku Merah)
Bawalah kemana sahaja.

Bonet kete dah kemas dan divacuum so bleh hangkut ini bag masuk kete.
Sekian Terima Kaseh.


**Baby Mama, Kita akan saling tenung menenung di hospital nanti**

9 comments:

aanie said...

wah, tersusun....

semoga selamat bersalin...

Unknown said...

Aanie : Sms boleh berfikir dgn tenang kna prepare siap2 nnt last2 kelam kabut. heee.

Fizah said...

hihik so sweeett..:)

CHeeSYaNa said...

Lynd.. Nona roguy ada wat sale online skrg..dh beli set bersalin?

Unknown said...

Yana : Hahaha. Set bersalin Amway baru smpi dlm genggaman hr ni.. Terlepas sudaa.

Unknown said...

waa.. beshnyer.. tersangat la lengkapnyer info kat cni.. siap ada gambar yg memudahkan pemahaman.. suker..suker.. tq.. :)

Mrs Que said...

tumpang tanya. bedung bayi tu apa ek? barut tu ape plk. maafla idup dikelilingi org bujang...huhu

mak saya cakap balut dgn lampin je... confius kejap

Unknown said...

Nuriq : Bedung kain besar untuk bungkus baby macam lepat pisang tu. Skrg ada macm2 jenis y moden jenis gna velcro.
Yup. saya pun guna lampin jgk kadang2 lg2 klu time tengahari sbb tak panas sgt. Tp bila baby da besar skit da xbleh nk bungkus da.

Barut pulak yang nak bungkus perut baby selepas disapu minyak yang kononnya untuk mengelakkan kembung.

Nurul Zakeyah a.k.a Jacky Bass said...

Walaupun sy bakal lahirkan anak kedua n anak pertama baru je 2 tahun umurnya, tapi still lagi google nak dptkan list brg nk bwk dlm beg emergency ni.. hihi.. tq mamalynd.. next week nk shopping lengkapkan beg emergency ni..