Pages

Wednesday, March 14, 2012

Mama Bikin Kecoh.... Lagi


Tak Suke.. Malas Nak citer..
Tapi citer la gak..
Heee..

Mode ibu yang "Tunggu" sakit bersalin ni adalah..
Mode Berjaga-jaga
Dalam perkataan lain saya da tak sabar nak bersalin..
Nak berpantang..
Nak bau herba2 orang dalam pantang..
Nak cium bau adik baby..

Tapi.. biasa la..
Bila da tunggu mmg terasa la lambat..
Skrg da nak masuk 39 minggu..

Semalam ada seorang rakan semengandung tegur kat FB.
"Linda, awak da bersalin ke?"
"Blom.. Tunggu masa je.. Da start coti da.. Akak?"
"Akak da.. sabtu lepas.."

Waaaa... terus aku ilang pedoman.
Ku tau dia kurang 2minggu prgy dariku.
Dia kata dari anak pertama sampai ke-3 sume sama.
Masuk je minggu 37, mesti bersalin.
Waaaaa...

Sekarrang ni pun kalau sakit perut je berjaga2.
Tapi biasanya tak inform papa.
Sebab ku takut papa kelam kabut balik skli tak jadi bersalin.

Da 2-3 kali gak sebenarnya sakit perut tapi "tak jadi"
Tak bgtau papa pun.
Simpan sendiri dan mengharap ini lah masanya.

Tapi ada gak la yang ku "terbagitau'" papa tapi masa papa ada kat rumah la.

1st time :
Sabtu 2mgu lepas.. bangun pagi.. suruh papa bangun mandi sbb sakit perut tapi tak tau sebab apa.
Da siang da pun dalam kol 8 lbih da.
Turun bawah sengeh2 ckp tak jadi kot.
Tapi sakit tu dari malam tau.
Bukan sakit ku terus kecoh.

2nd time :
Sakit (tak selesa) dari tengahari.
Just inform je papa.
Tapi petang leh kuar makan cendol and rojak.
Heeee.. Kira tak jadi lagi la.

3rd time :
Petang semalam.
Heee.. ni ku mmg bikin kecoh.
Sakit dar kol 4 ptg.
Kol 5 sms papa bgtau jgn balik lmbt.
Bukan apa dalam keadaan perut memulas ni nak jaga Kaseh lagi.
Buatnya dia nak itu ini.
Patutnya papa ada jamuan pas keje.
Tapi papa terus balik gak.
Ku da bgtau jgn rushing sbb xtau sakit kenapa.
Ku rasa asik nak membuang dan loya.
So ku rasa bukan.
Tapi tak larat nak bangun melayan kerenah Kaseh.
Tapidalam keadaan sakit tu emosi gak la, bgtau papa nak antar kaseh balik umah MIL..
Padahal nak drive pun tak larat.
Papa sampai ruamh dekat kol 7.
Huajn lebat and jalan jem.
Papa kata siap la.. nk g antar Kaseh and nk g spital.
Ku kata tak payah la.
Papa tanya sakit cmner..
Ntah la.. asik ulang g toilet je.
.
.
.
.
.
.
.
Papa diam.
Pastu dia ilang.
Dalam masa yang sama ku baru terpandang keliling rumah.
Macam tongkang pecah.
Kaseh curahkan bekas mainan dia.
Bedak bersepah kat lantai, kat sofa, kat basikal..!!!!
Basikal pun dibedaknya.
Patut la dia diam je.
Ada aktiviti ropanya.
.
.
.
Papa datang.. da siap mandi..
Papa cakap " Tengok mama Kaseh tu.. nak bxxxx pun kecoh.."
Heeeee..

Yela.. lain kali mama sampai spital.. Doktor da kompomkan bukak berapa CM br mama call papa.

**Tak pasal2 mama kena belanje papa KFC sbb melepas dia nak makan jamuan KFC kat opis tadi**

No comments: