Pages

Sunday, March 11, 2012

Persiapan Berpantang - Menu Semasa Pantang 1

Salam Bersiaran dari ibu yang tunggu masa untuk bersalin.
Ya.
Tunggu.
Da start bercuti.. Duduk dikerusi sambil mengadap laptop..
dan..
Tunggu..
Kalau sakit tu datang ketuk pintu jap lagi..
Saya sedia menjemput dia masuk.

Ok la..
Di kelapangan masa ini (Kaseh ku antar g skolah)
Ku buat summary skit pasal hidangan dalam pantang.
Buat summary sbb nak kna buat plan supaya papa leh g pasar dan beli skli seminggu je sekurangnya.

Dan saya lebih fokuskan pada "apa yang saya nak boleh dan nak makan"
Banyak lagi benda yang boleh makan tapi as i mention "yang saya nak makan dan senang cari la"

Untuk entry ni ku fokus pada menu lauk.

Ikan yang BOLEH dimakan

1. Ikan Haruan
2. Ikan Tenggiri
3. Ikan Bawal Putih
4. Ikan Rohu
5. Ikan Parang

Masakan

Kukus
Bahan-Bahan
1. Semestinya Ikan
2. Halia Muda (Dihiris Memanjang)
3. Kunyit hidup (Dihiris memanjang)
4. Bawang Putih
5, Air Asam Jawa
6. Lada Hitam
7. Garam.

Penyediaan :
Masukkan sumua bahan dalam mangkuk dan kukus.

Ungkep (Xtau la apa nama standard - Rebus Kot)
1. Dicadangkan Ikan haruan
2. Halia (Hiris Nipis)
3. Bawang Putih (Hiris Nipis)
4. Bawang Besar (Hiris Nipis)
5. Kunyit Hidup (Tumbuk)
6. Asam keping
7. Air
8. Garam

Kaedah Penyediaan
1. Masukkan halia, bawang, kunyit dan air
2. Biarkan mendidih dan masukkan ikan, asam keping dan garam.
Biarkan iakan masak dan siap..

Masak Lada Hitam
1. Bawang Besar dan bawang putih
2. Halia
3. Lada hitam
Garam, asam keping dan Air

Kaedah Penyediaan
1. Masukkan Bawang, halia, Lada hitam ke dalam air.
Biarkan Mendidih.
Masukkan ikan, asam keping dan garam.
Biarkan seketika dan Siap

Bakar
Kunyit hidup dan garam di sapu pada ikan dan Bakar.

Perasan tak bahan2 masaknya lebih kurang je, halia, asam keping / asam jawa, lada hitam.
Mesti ada kebaikannya kan?
Nnt saya buat research.
kalau blom bersalin saya kongsikan .

Kat bawah nia ntara link yang boleh dirujuk mengenai menu semasa pantang.
Link
1. http://www.ceritahot.net/makanan-yang-sesuai-untuk-berpantang-44-hari

No comments: