Pages

Wednesday, February 8, 2012

Dunia Alam Maya Mama Lynd

Blogger

Kalau ada yang perasan, ku da tak guna nama MAMA KASEH lagi.
Sebab?
Semestinya untuk adik baby nanti ku takkan guna nama KASEH walau apa pun jantina dia.
Da ada 2 anak, 2 nama takkan mama nak letak nama panjang jugak.
Kalau anak 8 nanti jadi 8 perkataan jugak la.
Tapi untuk nama blog, mama tetap kekalkan nama Kaseh sempena kasih sayang mama kepada anak2 mama.
Jangan ada yang salah paham pulak antara adik2 dan Kakak Kaseh.
Mama sayang kalian sama rata.

So bertukar la kepada Lynd - nama mama sendiri.
(prefer org panggil Lin than Linda)

Sekarang ni bila mama berblogging ada beberapa topik atau fokus yang menjadi isi kandungan entry mama.

1. Cerita mengenai princess mama yang 1 buat masa sekarang ini Kaseh Melissa Lyana.

2. Cerita mengenai adik baby, pregnancy dan preparation.

3. Home Organizing - passion yang baru sempena persiapan menyambut baby dan ke arah perjalanan hidup yang lebih lancar.

4. Financial Management - Da lama suke benda ni tapi tak pernah share.
So untuk tahun 2012 ku nak kongsi pengalaman dan kaedah pengurusan kewangan keluarga yang personal dan tiada agenda tersembunyi.

5. Mungkin 2-3 bulan lagi cerita mengenai breastfeeding dan penjagaan bayi akan kembali aktif.

Entry2 lain mungkin akan terselit jugak la.
Tapi tak nak blogging pasal marah atau tak puas hati atau complaint.
Nanti anak2 baca cam kurang elok la.

Kadang2 1 hari sampai 2-3 entry,
sebabnya ku taknak berhutang.
Ada idea je ku terus buat post dan set schedule publish.
Sebabnya terasa berhutang dan semak dalam kepala bila tajuk tu dok dalam pending list to blog.
Dengan kaedah organizing yang ku lalui ku rasa idea mencurah2 dan process nak buat entry pun senang sbb nak snap gambar dan nak cari gambar pun senang.
Idea mencurah2 cepat2 dicurahkan ke keyboard supaya ada space didalam otak untuk mencari idea baru.

Traffic Blog?
Ku tak kisah sangat.
Tapi ku seronok tengok kat nuffnang perkataan yang menyebabkan orng jumpa blog ni.
Terasa blog ni berinformasi.
Mostly perkataan yang tersangkut adalah SPECTRA 3 REVIEW, RACUN ULAT, PENYUSUAN DI TEMPAT AWAM.
So that why selain dari sebagai diari untuk anak-anak, blog ini juga berfungsi sebagai blog berinformasi.

Kat mana Blogging?
Hanya di rumah sebab guna streamyx.
Broadband ku terminate sbb service kurang memuaskan.
Pakai streamyx bayar mahal pun puas hati.
Kat opis mmg xder access internet.
Kalau ada entry disiang hari tu adalah yang schedule punyer posting.
Sebagai contoh entry ni ditaip kol 3.oo am sbb xleh tido.
Sindrom mengandung kot.. Rasa rugi bila tido.


Facebook?
Setakat bukak dan tengok status orang.
Jarang la update.
Komen dekat wall orang pun jarang. Dalam seminggu ada la skli.
Tapi bukak selalu la.

Forum?
Jujur.. forum Susuibu.com da jarang dilawati.
Mungkin sbb dunia penyusuan direhatkan sebentar.

Google?
Huuu.. da jadi hidangan setiap hari.
Banyak search pasal Home Organizing, Financial Planning,
Product Penjagaan dalam pantang.
Agak rajin jugak la skrang ni membaca informasi yang bertapis la.
Takdernya percaya semua benda.

Online Shopping?
Xder benda yang minat untuk dishopping selain dok survey product penjagaan dalm pantang dan juga pemburuan drawer idaman di Mudah.com
Yang lain ku serahkan pada sahabat ku Zaliha Wahid yang pakar dalam mendapatkan harga terbaik di alam maya. Heeeee.

Blog Walking?
Selepas peristiwa serangan virus yang diceritakan di sini
Semua blog ku follow da di remove.
Dan dalam proses mengumpul balik blog2 feveret ku.
Ampun ye jika anda perasan yang sy tidak lagi melawat blog anda.
masih menjejaki blog2 anda yang best.
Sesiapa yang masuk blog Kaseh ku ini dan nuffnang dapat jejak ku memang gerenti melawat blog anda.
So.. nak lagi senag sila tinggalkan jejak anda di komen atau buka blog sy melalui blog anda, klu sy dapat jejak saya akan melawat anda.

So inilah kisah kehidupan alam maya mama setiap hari.

5 comments:

Imaan09 said...

oo..ngumpat aku ye!

Unknown said...

Bukan.. Sound direct menyatakan fungsi ko dalam hidup aku.

www.akma81.blogspot.com said...

Salam ziarah, saya pulak manjang update belog kat opis je hihi kat rumah takde masa sebab ada 2 orang askar yg sangat la jeles bila tengok mamanya bukak lappy =)

Unknown said...

Akma : Huuu.. Dulu masa kat tempat keje lama pun mmg update kat opis sbb kat umah broadband xbest. Skrg ni ikut mood anak, kalau tak kacau mmg sempat la nak update blog.

Anonymous said...

penah try hntar email nk buku mudahnya mengemas rumah.. tapi kenapa xdpt harta yer sis.. thumbs up suka baca blog sis.. jeles rsa nk wat blog gak tp mcm xlayak jer