Pages

Monday, March 26, 2012

Kemana Semua GiveAway..?

Saya tak tahu kenapa..
Lebih kurang 4-6 bulan lepas saya banyak berdiam diri di dunia blogging.
Sebab kerja, sebab line tenet yang sangat dicintai dan mood ke bulan.
Masa zaman tu.. banyak sangat orang buat Giveaway.
Tapi sekarang da xder orang buat GA atau bukan musim atau ada krisis / issue ke pasal GA ni?

Saya bukan lah suke join Giveaway ni,
adalah join kalau dari kawan-kawan sebab taknak la banyak sangat entry GA nanti.
Nak create blogspot khas untuk GA, macam malas nak handle.

Saya pernah buat GA ni sempena nak bukak online business dulu,
(tu yang follower leh jadi 100 lebih tu, klu tak ada la 40 org je)

Teringin nak buat GA sempena beberapa sebab,

1. Ulangtahun kasehku-hidupku
Sebab akhir bulan April nanti rumah Kasehku-hidupku ini akan menyambut ulang tahun yang ke-2. Saje la nak buat sesuatu untuk harta ku ini.

2. Kelahiran KeKASEH yang ke-2
Sempena dapat baby no-2 ni, saje jugak nak buat sesuatu.

3. Giler Organising. 
Saje jugak nak ajak lebih ramai blogger tempatan untuk mengetengahkan hal-hal organising mereka. 
Serius.. Nak sangat tahu pasal "rumah, tangga" dan cabinet orang.
Nak sangat idea-idea dari kawan-kawan.
Tapi blog ku ini tak glamer so camner nak menyebarkan isu ini?

Jika kita boleh blogging pasal macamana kita boleh menguruskan EBM dan makanan anak-anak, kenapa kita tak boleh blogging pasal menguruskan rumah.
Saya percaya ramai rakan-rakan yang ada sistem sendiri, tapi cume tak diketengahkan.
Segan ke? Rumah tak cantik ke?
Organising ni pasal urus rumah dan cantik no 2,
**Gi membebel pasal Organising ni kenapa?**

So back to the topic.
Kenapa takder GA sekarang ni?
Saya nak buat GA beberapa sebab..

1. Menghargai Silent Reader..
Kalau saya nak buat GA, saya nak sangat menghargai silent reader.
Silent reader y saya dapat trace melalui Nuffnang.
Hari2 saya tengok dia jengok blog saya tapi dia tak pernah tinggal komen.
**Pembaca sebegini buat saya sangat terharu**

Dan silent reader yang saya langsung tak boleh trace 
dan kalau saya dapat hulur tangan dan tunjuk..
"Saya nak menghargai awak"


2. Giveaway yang memberi informasi.

Jika kebanyakan format GA yang ada, syarat biasa adalah, buat entry mengenai GA, paste gambar di sidebar dan buat link.

Bertujuan untuk mempromosikan blog, menaikkan trafic dan meningkatkan bilangan follower.

Tapi saya nak buat GA, yang saya nak peserta kasi informasi seperti kaedah organising kat rumah ke, office ke, kereta ke, financial ke atau pengurusan susu ibu atau apa sahaja yang berkaitan dengan pengurusan.
Share dengan pembaca yang lain.

Dan kaedah pengadilan melalui paling creative dan berinformasi la.
Dan hadiah saya taknak la main tangkap muat je,
biarlah berbaloi dengan usaha-usaha peserta.

Agak-agak dapat sambutan tak?
Serius saya sangat dahagakan informasi yang "tempatan"

Saya sedang merangka GA yang bagaimana ingin saya anjurkan.
Tapi...
Yang menjadi persoalan sekarang..?

Kenapa tiada orang anjurkan Giveaway sekarang ni?
Tak seperti 5-6 bulan lepas?
Saya ketinggalan apa-apa issue ke?

2 comments:

ayukhairy said...

entah la lynd..maybe ada kes kut..
ayu pun dah lama tak join GA..
pernah dgr gak yg kdg2 tu ada yg menang tp tak dpt hadiah...mmm. ..

well plan lynd nak buat GA ni mcm menarik..harap blh join

Imaan09 said...

GA tu fenomena.. hehe..