Pages

Tuesday, March 20, 2012

Siapa Yang Patut Jaga Anak Kita

Entry ini bukan nak jugde siapa yang betul dan siapa yang salah.
Saya minta maaf.
Even sampai sekarang, saya tidak berani untuk jugde tindakan saya sendiri terhadap anak-anak saya adalah betul atau tidak.
Tiada istilah "saya betul" "Awak salah".

Buatlah apa sahaja yang anda rasa terbaik untuk diri anda dan anak-anak.
Ok la.
Terus terang.

Rentetan dari update seorang rakan di FB.
Baru mula berkerja selepas melahirkan anak pertama.
Beberapa hari sebelum, update mengenai mencari babysitter yang sanggup menjaga anaknya.
Semestinya mahu babysitter yang terbaik untuk anakanda.
Semua ibu begitu.
Sudahnya ambil keputusan ditinggalkan kepada seorang jiran.
Update 1st Day : Babynya menangis je.
 (Tak pasti samada, dia dengar atau bbsitter yang bgtau)
Tp sahabat ini sendiri ada bgtau yang anak dia manja.

Sudahnya hari ni (2nd-Day) : 
Buat keputusan dihantar ke kampung.

Serius.. saya tak judge keputusan itu SALAH.
Tapi masih boleh diusaha.
Baru 1 hari.
Sayang lah.

Hantar anak dijaga oleh atuk dan nenek ada 2 keadaan.

1. Pagi hantar dan petang ambil.
Kira OK. 
As long as anak tahu bezakan IBUBAPA dan DATUKNENEK.
Ibu yang melahirkan, menjaga, menyuap, mendidik dan membentuk sahsiah diri anak.
Bagaimana sahsiah anak itu terbentuk itulah cermin bagi ibubapa.
Datuk dan nenek adalah penjaga yang memberikan kasih sayang yang ikhlas sebagai darah daging mereka.

2. Seminggu / sebulan sekali jumpa.
Ermmm.. 
Mungkin peranan diatas terbalik.
Sahsiah anak dibentuk oleh orang sekeliling mereka.
Peranan mendidik diambil oleh orang lain.
Tapi seperti yang saya nyatakan..TIDAK SALAH.
 
Tapi asalkan orang sekeliling tu adalah baik pun takper la,
dan mungkin juga mereka mendapat kasih sayang yang sepenuhnya sebab mereka dijaga oleh darah daging mereka sendiri.

Walau apa pun pilihan..
Saya setiap ibu-bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Cuma cara, pendapat dan corak judgement yang berbeza.


Back to my story.
Walaupun Kaseh da masuk 2 tahun.
Sepanjang itu Kaseh dihantar ke nursery.
Dan nak masuk sorang lagi pun anak.
Pun memang plan nak hantar nursery.

Hati seorang ibu ini masih juga menghitung adakah tindakan ini betul dan terbaik untuk anak-anak?
Kalau bagitau kat orang2 yang agak konvensional 
(Bonda, Nenek dan org2 kat kampung)

Pendapat mereka : 
Kesiannya.Yela. Anak tak dijaga oleh darah daging.

Dijaga ramai2 sekali ngan budak lain.
Trend kat kampung aku still memang ada lagi ibu bapa yang kerja jauh lebih rela atuk nenek dorang jaga. 
Macam aku cakap "TAK SALAH"
Itu pendapat mereka.

Tapi yang buat aku bengang ngan adik lelaki ku.
Da nak masuk 2 tahun kahwin.
Belum ada rezeki dikurniakan anak.
Tapi si isteri da cakap siap2 kalau da ada anak sok,
nak kasi kat kakak ipar dia jaga sebab kakak dia da 8 tahun kahwin takder anak.
Lagi pun nak jaga sendiri tak mampu, duit nursery da 3-4 ratus..?
**Tak macam aku katanya.. mampu**
Mendidih je telinga aku ni dengar.
1. Belom apa2 lagi da niat yang anak tu nak dikasi kat orang.
2. Allah kasi anak itu pakej dengan rezeki.
Kena yakin.
 
Camner Allah nak kasi rezeki.
Ingat rahim wanita ni macam mesin ke?
Beranak je boleh pas pas anak tu kat orang.
Allah kurniakan anak pakej dengan rasa kasih sayang seorang ibu/bapa.
Mungkin belum masa dia mengandung lagi sebab tu rasa itu belum lahir.

**Belum lagi masuk citer mak aku da cakap "Suke2 nak kasi anak kat kakak dia habis tu nenek dia ni?"**
Sudah buat berebut pulak.


Ada yang kata, kenapa tak hantar rumah mak mertua?
Mertua dok dekat kan?
 
Ada beberapa sebab tapi sebab utama adalah : 

Cukup la peranan ibu bapa menjaga anak. 
Bukan Nenek menjaga cucu.
Anak mereka dilahirkan, dididik, disekolahkan..
Cukuplah.
Nenek boring bila anak da besar?
Takper la.. Biarlah mereka boring setelah sekian lama berkerja.
Ini masa untuk diri mereka.

Sebab lain,
adik-adik ipar ku masih ada yang bersekolah dan ada yang nak UPSR, PMR dan SPM pun.
**Dasat tol family aku amik pakej tahun ni tahun exam semalaysia**

Ku tak sanggup memikirkan adik2 ipar aku kena melayan kerenah anak ku.
Basuh berak kencing dan mandikan belum lagi bab anak ku kacau dorang nak buat kerja sekolah.
Bunyi nampak cam remeh je.
Takdernya gagal exam sebab jaga anak buah.

Huis..
Tidak bagi saya.
Exam adalah sesuatu yang besar.
Cuti seminggu dua digunakan untuk pegi tuisyen ke, kelas tambahan ke.
**Ingat dulu asal cikgu buat kelas yang free or murah je g sbb tak mampu nak g tuisyen mahal2. Takder istilah nak g jalan2 time cuti**

So ku tak nak salahkan diri sendiri jika anak aku mengganggu rutin pelajaran adik2.

Kenapa tak hantar babysitter?
Lebih spesifik jaga anak kita je.
Ermm.. 
Gerun dengar 2-3 rumah kat belakang ni yang jaga anak orang.
"Bahasa indah" digunakan.
Kalau nursery ada sistem skit la kot.

Apa yang jadi keutamaan dalam pemilihan siapa yang jaga anak saya adalah,
1. Saya nak jumpa, suap dan tido dengan anak saya hari-hari.
2. Saya tak menyusahkan sesiapa.
3. Tiada sebab / tiada ruang untuk saya berkata "Anak saya jadi camni sebab..."
Biarlah apa yang jadi anak saya jadi begitu sebab.... "SAYA SENDIRI"

As i mention earlier..
Semua orang ada judgement sendiri.
Tiada istilah siapa betul dan siapa salah.
Jenuh kalau semua benda nak ikut cakap orang je. 
Mungkin.. jugdement orang dulu2 tak sama dengan orang sekarang sebab zaman sekaarng ni ibu kena keluar bekerja.
Dan ibu bekerja itu masih mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Yut.. I wish you all the best. Ku harap entry ni dapat kasi ko idea untuk buat pilihan yang terbaik.

 

1 comment:

Imaan09 said...

sokong!
aku nak aku kenal aku jumpa aku hari..
aku nk anak aku bersosial..belajar kt taska..
tp bab ni kena pilih2 taska..