Pages

Thursday, March 29, 2012

Marah Anak.. Mendidik atau mendera

Saya sangat percaya yang sesekali kita kena marah anak.
Kecil bagaimana sekali pun.
Tapi cara nya mungkin berlainan mengikut umur anak.
Serius saya tidak buat kajian khusus lagi mengenai cara memarahi anak.
I just want to talk about Cerita Kami di entry ini.
Cerita Kami :
Sesekali saya marah juga bila dia angkat kaki untuk menyepak, mengangkat tangan untuk memukul.
Marah.. Tapi tak consisten.
Kadang-kadang dibiarkan sahaja.
Tapi takut nanti dibuat depan orang, malu kami sebagai ibu-bapa.
Bila dimarah kadang-kadang Kaseh menangis,
Kadang-kadang dilawan balik kita.
Bila saya marah?
Bila 2-3 kali diberitahu "tak baik" tapi masih buat, mula la mama bersuara tegas dan jari naik and say "NO"
Kadang-kadang nangis.
Tapi apa yang saya perasan macam tak berapa lekat je apa yang saya buat.
Tu yang kadang-kadang dibiarkan.
Mungkin beberapa sebab :
1. Tidak consisten
Kadang-kadang boleh..Kadang-kadang tak boleh.
2. Saya pun sama.
Bila bergurau angkat tangan, kaki (Terutama dengan papa)
Tapi bila bab "Boleh" dan "Tak boleh" ni berkesan dengan Nenek.
Sekali marah aje, nangis sekali pastu Kaseh da tak buat da.
Hari tu Kaseh cuba nak meludah, sekali marah, sekali nangis, terus tak buat.
Amalan nak sepak2.. Da beberapa kali saya cuba tegur dan marah,
Tak berkesan.
Tapi bila nenek ada terus ilang penyakit tu.
Kadang-kadang dia nak tersebut jugak tapi Kaseh sempat brek.
Ermmmm.. Terkantoi depan nenek yang mama bergurau ngan Kaseh nak sepak2.
Mama yang kena marah sekali.
Lepas tu kami 2 beranak insaf..
Selain marah disebabkan oleh diminta berkelakuan baik,
1 faktor penyumbang butang marah ditekan adalah,
Kaseh ni jenis kalau dia dah nak atau apabila keinginan dia tak dituruti memang dia "TEGAS" nak jugak.
Terutama bab :
1. Nak susu - Memang takder perkataan "sabar", "nanti dulu" "kejap". 
Time-time tu jugak la yang dia nak.
2. Nak mandi / main air.
3. Bila disuruh kita duduk dimana-mana. Ditangga ke, depan TV ke.
(Nak kita ikut perintah dia je)
4. Bab barang dia.
Terutama bantal Mouse.
Walaupun dia tak guna tapi kalau dia kata dia nak, takdernya istilah pinjam.
5. Kalau dah berjanji.
Jangan lah tersalah sebut "Cepat pakai baju, nak g jalan ni"
Dia akan tuntut.
Naik didit ke, nak g taman la,
Jangan dijanji untuk buat syarat dia ikut cakap kita.
Tiada kompromi dah.
Bila bab ni nenek kalah.
Nenek suka ikutkan cucu dia nan tolang ni sebab taknak dia nangis and merengek.
So bila tak dapat dengan saya dia akan pergi ke nenek.
So dia akan sentiasa menang.
Lama-lama saya dah tak boleh tahan.
Suke-suke je dia memerintah nenek, suruh naik atas la.
Nak minta angkat la.
Saya kadang-kadang ikutkan juga sebab malas nak dengar dia merengek.
Tapi bila dah tak larat mula la saya naik angin.
Hari tu ada tengok Nanny 911,
jika kita kata "tak boleh" really mean it.
Biarlah dia menangis macamana pun asalkan tak membahayakan diri.
Kalau kita kalah nanti dia akan guna rengekan itu sebagai senjata untuk dapat apa yang diingini.
Masa nenek takder memang saya buat begitu,
tapi bila ada nenek macam segan la anak asyik merengek je.
Kadang-kadang cakap jugak kat nenek dalam beberapa situasi supaya dibiarkan sahaja dia menangis.
Tapi bila dah habis bab nangis2 tu, keKaseh saya ini akan datang pujuk.
Dia tahu saya marah dia.
Dia akan datang dan panggil "Mamaaaa.." dalam nada memujuk.
Time tu saya akan angkat dia dan pesan yang la saya bukan marah dia tapi saya marah perbuatan dia.
Bab2 lain Kaseh memang kira boleh berkompromi lagi.
Terutama bab g kedai.
Kaseh bila mama kata amik 1 jenis sahaja, dia akan letak balik segala bagai jajan yang dia sudah ambil.
Kaseh bukan jenis yang merengek bila dikacau dia tido.
Saya nak kena study la macamana nak mendidik anak / memarahi anak.
Mama sayang Kaseh.
Mama just taknak Kaseh menyusahkan orang dan jadi anak yang baik.

Wednesday, March 28, 2012

Kisah Bonda dan Kembar

Disaat da over due ni..
Tadi g checkup untuk check BP je.
Doctor kasi date sampai 31 March untuk g hospital.

So tanya la Cik Misi tadi biasa kalau tahan wad dorang buat apa.
"Masuk Ubat"
"Induce?"
Ye..


Balik rumah cakap dekat bonda.
Tiba-tiba nenek bonda bukak cerita.
"Kalau induce tak sakit"
"Yang ni mak boleh cerita, yang lain tak boleh"

**Baru perasan yang bonda tak pernah cerita pasal pengalaman bersalin dia. Aku je yang dok cerita pengalaman orang tu orang ni, baca sana sini,
 Ya Allah**

Rupa-rupanya masa mengandungkan adik saya yang kembar tu mak saya overdue 9 hari.
Dan sampai la hari bersalin mak saya tak tahu yang dia mengandungkan kembar.
Tiada sakit tiada tanda-tanda (Orang dulu maner der search2 ni)
Orang hospital datang rumah dan bagitau yang mak kena masuk wad sebab dah lebih hari.

Mak kena induce melalui kaedah drip.
Nurse tanya sakit tak..Mak kata tak sakit.. Nurse tambah dose kot..
Pastu mak baru rasa macam perut kembung dan "terapung".

Nurse tanya " Mana awak tahu yang awak mengandung kembar?"
Mak saya pelik la.. bila masa mak saya tahu.. Memang mak tak tahu pun.

Dah selamat bersalin (Normal Okkk.. dan tiada koyakan even bersalin kembar)
Nurse suruh mak jalan g cari baby.
Jarak lebih kurang 50 meter.
Masa pegi larat patah balik da tak boleh.
(Mak kata ada sesuatu yang nurse tu nak tengok kot sebab tu dia suruh jalan)

Tak lama selepas tu datang seorang lelaki..
Dengan buku cek..
Suruh mak tulis amount yang mak nak untuk jual si kembar yang lelaki..!!!
Dia cakap macamana mak nak jaga 2 baby dengan anak sulung kecik lagi.
(Masa tu saya umur 2 tahun)
Lelaki tu cakap yang bukan nak putuskan hubungan adik beradik, 
sekadar nak tolong jaga.

Tahu apa mak saya jawab dalam keadaan mamai tu..?

"Saya tak sanggup makan daging anak saya sendiri" 

Mak tahu kenapa mak boleh terjawab macam tu.
Dari mane datangnya lelaki tu memang tak diketahui.

Ermmm..
Kalau la mak buat keputusan untuk jual adik saya yang lelaki tu ntah la apa nasib kami sekeluarga sekarang.



 

 Ini lah gambar si kembar.








 

Ini Kami Bertiga.

Masa ni kami tinggal dikampung kat Raub, Pahang.
Keluarga kami susah.

 






 

Suke tengok gambar time kecik2 dulu.
Prinsip mak "Adil"
Mak benarkan kami naik bas g bandar semasa berumur 12 tahun.

Dengan syarat : Cukup 3 beradik. Tak boleh pergi dengan kawan-kawan.

Pergi cari kelengkapan sekolah, dan jalan2.
Tak sampai nak tekan loceng bas, mintak orang yang tekan kan.
(Zaman sekarang mana boleh.. Tak selamat)    

Kalau mak g mana2 memang bawak 3-3 kalau tak semua tinggal.



 Inilah kisah kami 3 beradik....



Tuesday, March 27, 2012

Home Organising - Kid's Closet

Assalamualaikum.
Setelah beberapa ketika pemburuan Chest of Drawer untuk pakaian anak-anak dilakukan.
Akhirnya pemburuan berakhir.
Beberapa cara dilakukan bagi mendapatkan yang murah.
Buru kat mudah.com dan juga ke kedai2 barangan terpakai.

Akhirnya malas nak fikir, terus ke kedai perabot.
Dapat la seperti ini.

Asalnya nak beli yang drawer sahaja,
means tiada bahagian yang baju untuk disangkut tu.

Tapi disebabkan oleh perbezaan harga RM50 sahaja,
papa cakap "alang-alang".
Bila da diletak kat ruang tamu, terasa cam gabak besar.
(Niat asal taknak menampakkan ciri-ciri almari baju. Nampaknya berubah lagi la layout rumah saya selepas pantang nanti)

Takper la.
Puas hati gak la.

Niatnya nak update bila semua da complete.
Tapi jari ini menggigil je sebab ku baru upgrade 1 part.
So ku update by progress la nampaknya.
Jika sebelum ini saya menyusun baju Kaseh begini.


Tapi selepas consider anak no 2,
saya da tiada tempat nak letak bakul bersusun lagi.
That's why la decide nak beli drawer pakaian ni.

Memandangkan drawer ini ada 4 tingkat,
so saya devide 2 untuk Kaseh, 2 untuk adik baby.
Tapi buat sementara ni baju adik baby tak banyak,
1 tingkat pun da cukup,
So 1 tingkat lagi mama letak kelengkapan dalam pantang je la.

So apa rupa dalam drawer ini.

Drawer pertama :

 

Menempatkan baju yang dipakai seharian.

Drawer ke - 2 :


Menempatkan gaun dan pampers Kaseh.
 
Nampak tak devider yang saya guna tu?
Itu la upgrade yang  saya maksudkan.

Saya beli dari COSWAY.

Niatnya nak cari bakul kecil untuk dibuat divider sebab nak kasi nampak kemas.
Tapi susah gak nak dapat bakul yang ngam-ngam.
Da tertengok kat catalog COSWAY,
melompat2 la saya.
Semalam beli 1 set dulu sebab takut tak menjadi.
Bila da cun hari ni g lagi ingat nak beli 3 set lagi, 
sekali da habis la pulak, tinggal 1 je.
Malas da nak g ke TESCO.
**kat area yang sama ada 3 stokis Cosway**


Setiap 1 set ada 5 keping divider.
So boleh adjust dan potong
(Saya tak potong..Just lipat je.. Sayang)
1 Set RM 7.90
(Rasa cam penjual barangan COSWAY plak)

Dan untuk adik baby belom buat lagi sebab da xder stok.

Tingkat 3 :
Ruang lapang tu nak letak diapers adik baby.

Dan ini level paling bawah.

Saya letak bengkung,
booties and miten, barut dan dll.
Pun ada divider gak.
Masa beli diapers new born hari tu dapat free. 
Best..

2 drawer kecil paling atas, 
menempatkan bedak, tower, segala bagai krim Kaseh.
Bahagian tinggi untuk baju yang digantung pulak,
buat sementara saya letak set berpantang,
tilam, toiletries baby dll. 
Kira drawer ni da jadi one stop center untuk mama and baby dalam pantang nanti.
Tak payah cari-cari lagi da.

Perkara seterusnya yang nak diupgrade adalah nak buat label.
En Suami kesayangan tu suke tanya "Ma.. Mana..?"
Belum cari lagi da tanya.
Kena ambil dan letak depan mata baru diam.
Kadang2 baju siang hari dipakaikan kat anak waktu malam.

Tak payah nak citer pasal baju yang da lipat nak letak kat mane.
Memang tak tahu la.. (Sebab saya tak pernah suruh kot)
So bila da label jangan sebut lagi perkataan "Mana.."

Dan Kid's Closet ni dikira complete bila saya da habis pantang kot.
Sebab semua kelengkapan berpantang sudah tidak perlu diletakkan disini.

So nantikan update dimasa hadapan.
Bagaimana anda menyusun baju anak-anak.
Jom Kongsi.
 

Monday, March 26, 2012

Kemana Semua GiveAway..?

Saya tak tahu kenapa..
Lebih kurang 4-6 bulan lepas saya banyak berdiam diri di dunia blogging.
Sebab kerja, sebab line tenet yang sangat dicintai dan mood ke bulan.
Masa zaman tu.. banyak sangat orang buat Giveaway.
Tapi sekarang da xder orang buat GA atau bukan musim atau ada krisis / issue ke pasal GA ni?

Saya bukan lah suke join Giveaway ni,
adalah join kalau dari kawan-kawan sebab taknak la banyak sangat entry GA nanti.
Nak create blogspot khas untuk GA, macam malas nak handle.

Saya pernah buat GA ni sempena nak bukak online business dulu,
(tu yang follower leh jadi 100 lebih tu, klu tak ada la 40 org je)

Teringin nak buat GA sempena beberapa sebab,

1. Ulangtahun kasehku-hidupku
Sebab akhir bulan April nanti rumah Kasehku-hidupku ini akan menyambut ulang tahun yang ke-2. Saje la nak buat sesuatu untuk harta ku ini.

2. Kelahiran KeKASEH yang ke-2
Sempena dapat baby no-2 ni, saje jugak nak buat sesuatu.

3. Giler Organising. 
Saje jugak nak ajak lebih ramai blogger tempatan untuk mengetengahkan hal-hal organising mereka. 
Serius.. Nak sangat tahu pasal "rumah, tangga" dan cabinet orang.
Nak sangat idea-idea dari kawan-kawan.
Tapi blog ku ini tak glamer so camner nak menyebarkan isu ini?

Jika kita boleh blogging pasal macamana kita boleh menguruskan EBM dan makanan anak-anak, kenapa kita tak boleh blogging pasal menguruskan rumah.
Saya percaya ramai rakan-rakan yang ada sistem sendiri, tapi cume tak diketengahkan.
Segan ke? Rumah tak cantik ke?
Organising ni pasal urus rumah dan cantik no 2,
**Gi membebel pasal Organising ni kenapa?**

So back to the topic.
Kenapa takder GA sekarang ni?
Saya nak buat GA beberapa sebab..

1. Menghargai Silent Reader..
Kalau saya nak buat GA, saya nak sangat menghargai silent reader.
Silent reader y saya dapat trace melalui Nuffnang.
Hari2 saya tengok dia jengok blog saya tapi dia tak pernah tinggal komen.
**Pembaca sebegini buat saya sangat terharu**

Dan silent reader yang saya langsung tak boleh trace 
dan kalau saya dapat hulur tangan dan tunjuk..
"Saya nak menghargai awak"


2. Giveaway yang memberi informasi.

Jika kebanyakan format GA yang ada, syarat biasa adalah, buat entry mengenai GA, paste gambar di sidebar dan buat link.

Bertujuan untuk mempromosikan blog, menaikkan trafic dan meningkatkan bilangan follower.

Tapi saya nak buat GA, yang saya nak peserta kasi informasi seperti kaedah organising kat rumah ke, office ke, kereta ke, financial ke atau pengurusan susu ibu atau apa sahaja yang berkaitan dengan pengurusan.
Share dengan pembaca yang lain.

Dan kaedah pengadilan melalui paling creative dan berinformasi la.
Dan hadiah saya taknak la main tangkap muat je,
biarlah berbaloi dengan usaha-usaha peserta.

Agak-agak dapat sambutan tak?
Serius saya sangat dahagakan informasi yang "tempatan"

Saya sedang merangka GA yang bagaimana ingin saya anjurkan.
Tapi...
Yang menjadi persoalan sekarang..?

Kenapa tiada orang anjurkan Giveaway sekarang ni?
Tak seperti 5-6 bulan lepas?
Saya ketinggalan apa-apa issue ke?

Weekend Kami

Dalam mode menunggu.
Saje la nak update weekend kami anak beranak.

Takde buat apa pun. Tercongok je kat rumah.
Kaseh tolong papa basuh kete.

 Stretching Dulu..

 Tengok dulu papa buat camner..
 Ok.. Paham..

 Gosok2..

**Kaseh memang pakai skaf rambut mmg terbalik camtu..**

Pastu g kacau En Pish..


 En Pish ni kalau da tersodok2 camni memang nak makan la..

 Pish.. Akan Oti ni.. Epat 
(Fish.. Makan roti ni.. Cepat)
** Skrip sebenar bukan rekaan**



 Da kenyang.. En Pish Sume lari menyorok bawah batu..
En Pish takut Kaseh.

 Ane pish ni..

Da pegang camera..
Mama snap gambar pokok bunga ros y nenek belikan untuk mama.



Bau Wangiiii.. Best...

Da lama nak tapi papa cakap susah nak jaga.
Nenek terdengar.. nenek belikan la.
Nenek kata hadiah..
Heeee...
Search jugak kat tenet kaedah penjagaan.
Tak tau la menjadi ke tak.
kalau OK.. Nak beli lagi.
Rm 10 hengget je 1 pasu..

Ok..
Sambung tunggu adik baby keluar..

Saturday, March 24, 2012

Product Cosway

Saya bukanlah orang catalog.
Maksud saya bukan suka beli product menggunakan catalog.
Tupperware ke, Avon ke, Cosway ke, Amway ke..
Pendapat ku mengenai product tersebut :

Tupperware - (Produk Bekas Plastik)

 Produk plastik yang cantik2 tapi mahal.
(Tupperware ada kaca ke? Disamping product kecantikan kan?)
Last katalog yang ku tertengok tahun lepas.
Padaku produk Tupperware yang berasaskan Organising mmg agak menarik.
Macam ada bekas beras 



Nampak tersusun dan praktikal.
 Tapi tengok la harganya.
Omak aiii..
Boleh buat simpan beras bekalan kami 2 tahun.
Pastu ada rangkaian set storage yang khas untuk simpan makanan mentah kat freezer la.
Ada teknologi yang digunakan untuk membuatkan makanan tahan lama la.
Tapi pada ku tetap mahal..!!!

Kalau set karton2 ke apa memang klu tak minat.
Buat koleksi..?
Benda terakhir yang ku fikir sbb ku tak suke simpan barang yang tak digunakan.
(Kadang2 bl tegok set gelas hadiah masa kahwin dulu, dok terpikir.. Bila la aku nak guna ni)

Naik heran orang yang siap main kutu lagi untuk benda2 sebegini.
Tapi ada gak trend suke buat makan kat opis,
masing2 bawak bekas cantik.. pastu tanya 

A : ko beli yang promosi bila ni?
B : Ni aku beli yang tahun lepas tu, masa bonus tu, baru je bukak ni.

Omak aihhh.. Duit bonus buat beli tupperware?
Tahun lepas baru bukak tahun ni?

Kalau ku bawak je bekas plastik yang biasa klu beli laksa tu ke drg guna tu / taufoofaa ke.
Pas bawak g jamuan ke apa ke boleh terus buang.
Heeeee... Pemalas.

**Apa da jadi citer tupperware ni?**

Mungkin sebab prestijnya nama TUPPERWARE ini.

AVON - Macam2 ada

Kalau orang suruh tengok..
Awal-awal dulu - 
Tengok kat perfume kot. Murah la. Tapi takder la ekstrem sangat. Sekadar mungkin nak berbasa-basi dengan kawan-kawan yang jual product ni.


Satu ketika Dahulu - 
Ku menjadi pengguna setia 1 jenis underware Avon yang kalau kita pakai uniform takkan kelihatan line panties.
Kalau uniform tempat lama dulu / pakai seluar slack warna terang,
malu tengok ada kawan2 yang ternampak line panties tu.
Siap ada yang renda2 pun boleh nampak.
So ku tertengok la kat katalog AVON, terjumpa da ku beli la.
Order ngan kawan.

Pastu masa lahirkan Kaseh, ku nak cari Nursing Bra..
Masa tu terpikir AVON je.
Dalam pantang g stokis Avon yang baru bukak kat area rumah,
beli sehelai dan siap masuk ahli sebab ku pikir pas ni mesti kena beli banyak lagi nursing bra. 
Kalau masuk ahli dapat la murah.
Pastu, bila da pakai.. Hampeh..
Rendanya menggataikan.
Kainnya nipis, kalu pakai T-Shirt boleh nampak cik N.
Takder la lagi ku beli.

Sudah tu maner pernah ku beli barang Avon lain.
Bab kosmetik ke, gelang ke, jam ke brooch ke, xdoknya..

COSWAY - Macam2 ada.

Dulu masa kat tempat lama, ada seorang kakak ni jual.
Ku suke barang2 organising Cosway.
Untuk barang2 kecantikan ke mmg ku tak berminat nak tengok.

Ada gak la order.
Pada ku inovatif, dan murah.
2-3 kali gak la order,
skali beli Evening Prime Rose (Sbb murah, klu kat farmacy mahal gak)
Yang lain sume barang organising untuk kete la, rumah la.
Lepas tu da xder da ku order sbb ku da tukar keje.
Tapi tahap nak beli pun setakat cuci2 mata je.

Selain dengan akak tu,
ku perasan kalau kat rumah maksu ku, sume barang Cosway.
Pencuci pinggan mangkuk dan pakaian.
Dan vitamin dia pun sama.

Pastu 2-3 menjak ni, ku perasan banyak betul kedai Cosway kat area sini.
Macam Avon, agak susah nk jumpa dalam 1 kawasan.
Cosway ni, kat Tesco - ADA, kat Giant (berhadapan dengan Tesco je) - ADA
Kat sebelah bank tu kawan ku bukak kedai (Terserempak sebenarnya)
Signboard bukan Cosway, tapi bila masuk dia kata dia jual barang berasaskan organik termasuk Cosway.
 Ku tetap tak amik port.
Sebab takder benda ku nak cari.

Tapi malam tadi, kuar gi Giant,
lepak kat tempat mainan sementara baj tunggu orang.
Dah berpuluh kali pergi pun tak pernah terpikir nak masuk Cosway.
Asik masuk kedai jamu je walaupun sekadar pusing2.

Masuk je la buat muka tak malu.
Sekadar nak pusing2.
Terdetik.. Rasanya Kak Fiza dulu jual barang Cosway la.
Yang aku selalu beli barang2 organising dulu.
Terpandang la barang2 / kotak2 organising kat rak.
Yela.. Da lama tak tengok katalog dia.
Gi kaunter.. Tanya amoi tu.. Kalau tak jadi ahli memang tak dapat katalog eak?
At the same time mata da tertangkap tray yang memang ku cari untuk project organising work space tu.
Terus sambar..

Amoi tu cakap ye la.. Masuk ahli 30ringgit saja maaa..
Ouhh.. Aku dengan sepantas kilat..
Ok la I masuk ahli la.
Amoi tu macam terperanjat.. Aiyooo.. Senangnya.
Heeeee.
Dia suruh aku isi borang.. Sambil2 tu borak la.
Dia kata U balik dulu.. Tengok dulu apa yang U mau, baru datang lagi beli barang.
Heeee... (Aku letak balik tray tu)
Nampak sangat gelojoh aku.
Aku isi borang pun compang camping je sebab motif aku mmg nak katalog tu je.
Skli dia cakap "Kita akan hantar katalog promosi setiap bulan"
Aiyyooo.. Aku pun terus suruh dia baca dan taip betul2 alamat rumah aku.
Heeeee.. Rugi nanti tak dapat katalog.

Da setel sume.. Sambil tunggu Kaseh main, aku belek2 katalog tu.
Mak aku kat "Tak menyempat"
Memang la.. Tengah musim organising ni mmg eksited tgk brang organising.

Belek laju2 pun ku da rasa sukeeeeenyaaa..
Balik rumah.. Suami aku tanya apa tu?
Aku cakap la katalog Cosway.
Stop sampai situ.
Ku tak berani nak belek2 lagi sbb nnt En suami tanya banyak lagi pasal masuk ahli ni.
Nak tido pun dok terpikir lagi pasal katalog tu.

Bangun pagi, En Suami g keje, aku bangun semayang subug, terus turun bawah..
"STUDY" catalog tu puas2.
Yee.. Aku memilih untuk tidak sambung tido.
Punyer la dasat penangan organising cosway.
**Aku tengok kat bahagian organising je**

Da puas baru la ku jenguk2 bahagian lain.
Cam biasa.. tak menarik perhatian.

Terpikir la.. kenapa Cosway tak seglemer Tupperware and AVON?
Search la.. 
Ada review pasal produk pembersih dan kelengkapan rumah.
Agak memberangsangkan jugak la.
Dan yang penting murah.
Even lagi murah dari barang y ku beli kat Tesco dari jenama2 yang biasa kita dengar.

Ermmmm...
Ntah la.
Ku lagi suke barang organisingnya.
Dan ku tak paham sistem harganya sbnrnya.
Bukan cm AVON yang harga ahli adalah lebih murah 15% (Yeke?).
Cosway ni ikut coupon kot.
Tak paham.
Walau apa pun ku tetap akan g beli apa yang da ada kat dalam otak ku,
dan time tu la baru ku tanya drg punyer sistem point.
Apa yang penting barang yang ku nak  itu.
Heeeee...

**Sorry ye ini adalah pandangan peribadi dari seorang yang kurang berpengetahuan mengenai produk jualan langsung. Harap dimaafkan jika tersalah tafsiran..**

Friday, March 23, 2012

Mama Mengendap Kaseh dan Kisah Nenek

Semalam..
Masa nenek da masuk bilik nak semayang maghrib.
Kaseh ikut..
Mama intai la takut Kaseh kacau nenek solat.

Tengok2 dia dok sibuk pakai "telekung" pastu.. bentang sejadah dia.
Bila dia nampak je mama intai..
Ditutupnya pintu..!!!
Kaseh memang berlagak sikit sejak nenek ada.

Mama g amik camera.
Nak amik gambar.

 Ala.. Tak clear lak..

 Haaa.. Nampak skit.. 

 Asal telekung Kaseh pakai kat leher?

Haaaa.. Kaseh nampak pulak..!!!

 Dia da datang nak tutup pintu lagi..


 Mama Bukak Balik..!!


Heeee

Ini budak memang melekat aje ngan nenek.
Ada beberapa situasi yang menunjukkan sangat mama di ketepikan.

Situasi 1 :
Mama : Kaseh, Jom naik atas, mama da nak tido.
Kaseh : Babai Mama.
(Dia da book siap2 nak tido ngan nenek)

Situasi 2 :
Kaseh : Nenek, nak cucu.
Mama : Meh sini mama buatkan.
Kaseh : Duduk aneeee.. Nenek wat cucu..

Situasi 3 :
Mama : Saaaayang nenek (Sambil peluk nenek)
Nenek : Kaseh, tolong nenek, sakitttt.
Kaseh : Angannn.. nenek akittttt..
(Sambil digosok tempat mama pegang..tiup-tiup)
Kaseh : Dahhh..dahhhh.. da baik (buat gaya pujuk nenek)

Situasi 4 :
Kalau dia nyanyi..
Mama follow..
Kaseh : Ebok je (Sibuk je)
Kalau nenek yang follow.. tergedik2 menari.

Situasi 5 : 
Jika papa usik2 dia.
Dia ngadu kat mama.
Mama : Jangan Papa.. nanti tuhan marah.
Kaseh : Angan Papa.. Nanti NENEK arahh.
(Amboi..)

Nenek memang marah kalau Kaseh sepak2 ke ludah2 ke cakap kasar ngan mama n papa.
Kalau nenek marah je mesti dia nangis.
Sejak da 2 minggu dok ngan nenek ni Kaseh da xder cakap nak sepak ke,
cakap kasar ke.
Sebelum ni kalau dipanggil dia just datang / pandang je. 
Tapi sekarang, jawabnya : Ya, Saya.
Sejuk hati.
 Terima kasih Nenek..

Tahan gelak pun ada.. Terasa nak geget pun ada.
 Mentang-mentang nenek melayan je kerenah dia.
Sian nenek sampai pernah kitorang bawak Kaseh g umah nenek Felda sebab nak suruh nenek ni rehat.

Thursday, March 22, 2012

Persiapan Berpantang - New Layout - DONE

Doa termakbul (Yela tu)
Ku masih belum bersalin.
So plan nak ubah layout pun berjalan la hari ni.

Cepat siap sebab ada pembantu.
Jika sebelum ni nak buat keje pengalihan perabot memang buat sorang.
Keluarkan barang dari almari, alihkan, sapu pastu baru letak perabot lain pastu susun balik barang masuk almari.
Hari ni ku susun barang dalam almari je.. 
Yang lain..
Apa yang penting..Kerjasama.

So hasilnya..

BEFORE :


AFTER :
 
**Layout umah aku ni berubah sekali sebulan**

Barang2 untuk mengepam da keluarkan,
da letak kat rak bawah tu.
Toys Kaseh dia da "kemas" hangkut masuk bilik belakang tempat dia dan nenek berkubang.

Katil baby pun da siap pasang cadar da.

**Baby sayang, tunggu baby keluar je ni**
Cadar biru..?
 Boboy kah?
Tidak semestinya.. masa zaman Kaseh dulu sume benda pink,
sampai besen pun pink.
So saje la tukar selera.
Percaya kah anda?

Cadar buat sendiri je.
Bantal 4 ketui tu pun buat sendiri,
buat 4 sebab 2 untuk baby 2 untuk Kakak Kaseh.
Baby cot / tilam sume masa zaman Kaseh dulu lagi.
Just dulu tak buat cadar lapik ngan kain batik je.
Untuk adik baby mama buat cadar.

Keluarkan jugak cadar hasil tangan mama dulu.
Maner la tau Kaseh buat onar dia yang nak dok kat katil tu so adik baby kena dok kat tilam la.

Drawer baju Kaseh dan baby pun alih dah.
Memang niat asal nak letak kat situ gak nanti pas pantang,
tapi bila da jadi camni kiranya OK la.
Letak kat situ siap2.
**Nanti n3 lain la ku reveal cmner ku susun baju anak2**

Sume da siap.
Kipas pun da basuh.
Plug untuk pam dan charger Hp pun da siap.
Baby sayang.. Da boleh keluar anytime.

Meja kerja mama diletakkan di side dinding 1 lagi.
Xder masalah sangat sbb kat situ mmg ada plug,
just jauh skit dr printer dan tempat filing.
Takper, sementara je.
Pasni baby cot naik kat atas, meja tu akan kembali ke tempat asal.

Nak tahu riaksi Kaseh bila tengok baby cot da siap pasang cadar sume?
Masa mama buat kerja pasang2 ni Kaseh kuar naik didit ngan asyu.

Balik je dia macam datang kat mama.
Cuit-cuit..
Gesel-gesel..
Sambil buat gaya gedik.. Mamaaaaa.
Pastu tak banyak cakap.
Dok tercongok aje kat belakang kerusi mama.
Nenek ingat dia Uk-Uk..
Sebab dok diam je.

Pastu masa makan-makan pun diam je.
Lain macam sangat la.
Cam ktrg pun pelik asal budak ni.
Tiba-tiba...
Nenek cakap..
Haaaa... Dia dok pandang katil baby..!!!!!!
Jika sebelum ni takder cadar dia suke panjat dan lompat je.
Sampai patah katil tu.
Tapi kali ni dia pandang je.

Apa yang dia fikirkan sebenarnya?
Untuk siapa kah itu?
Kenapa katil itu sudah jadi macam tu?
Kenapa da perubahan macam tu?

Tak lama lepas tu, kami da lepak2..
Dia datang tarik tangan mama,
"Mama.. Nak dok ini"
Haaaaaa... Sudah..
Bukan taknak kasi, tapi takut nanti bila da terbiasa dia dok situ, 
ada adik nanti dia fikir "Kaseh Usye"
nanti dia yang dok kacau adik.
Teringat kisah sahabat ku..
Bila 2-3 kali mintak kami tak kasi.. 
pastu dia diam..
Hopefully dia faham.

**Kaseh ku cinta mama.. kita akan lebih seronok lepas ni sebab kita akan ada kawan baru.
Boleh main pok amai2, baca buku ramai-ramai, seronok..**