Pages

Wednesday, May 9, 2012

Awatif 1 Bulan

Harinini hari ke 41.
Means Awatif da sebulan lebih tapi just dalam pantang.

Awatif agak senang dijaga.
Lagi-lagi malam.
Dia boleh tido dari pukul 10 - 11 malam sampai kol 6 baru nenen.
Tu pun kadang2 kejut.
Mama boleh tido dangan bahagianya dan kadang-kadang mama berani ambil risiko tido lewat sikit  sebab mengenangkan Awatif tak terjaga pun nanti.

Saya tak ingat bila last dia meragam pada waktu malam.
Ada jugak la sesekali masa awal-awal dulu.
Tapi takder la teruk sangat samapi saya tak boleh tido langsung.

Dan benda yang menyebabkan saya kagum dengan Awatif adalah,
dia tido dengan sendirinya.
Kalau malam la, dia boleh termenung je, kelip-kelip pastu pengsan.
Sebenarnya kalau dulu BF adalah 1-1nya cara yang boleh tido dengan sendiri.

Kalau siang lak.. memang tak berani nak jamin.
Kalau dia tak tido memang dia berbunyi2 juga la.
Tapi untuk anak ke-2 ni saya tak kelam kabut sangat.
Saya cuba mengenali corak tangisan Awatif.
Ada tu cara tangisannya hanya untuk memanggil.
So tak perlu la saya berkejar amik Awatif.
Biarkan seketika kadang-kadang dia tido dan kadang-kadang dia diam.

Tu yang sy still boleh mandi dan masak walaupun Awatif berjaga.

Bila tangisan tak selesa sy selesaikan dulu ketidak selesaan Awatif.
Awatif ni tak leh berkipas siling.
Kalau lama-lama mesti dia dah mula rasa rimas dan hidung dia tak selesa.
Tak tahu kenapa.
mungkin nak tanya Doktor nanti.
Mama baru nk pasang aircond kat bilik atas,
Awatif dah macam ni kena pertimbangkan balik la.

Awatif yang tenang.
Suke tengok wajah Awatif.
Wajah yang tenang.
Bila dia tido.






Bila dia jaga dan mintak pangku, terasa macam mama nak benamkan hidung ni kat pipi Awatif.
Geram dengan ketenangan dia.
Even menangis pun nampak tenang.
Sebabtu jugak kot untuk pantang kali ni mama lebih tenang.
Terima Kasih Awatif kerana memberikan ketenangan kepada Mama.

1 comment:

Imaan09 said...

samaaa mcm Nouri..alhamdulillah..!