Pages

Sunday, May 13, 2012

Corat - Coret Akikah Awatif

Selesai sudah salah 1 tanggung jawab kami sebagai ibu-bapa.
Teringat satu qoute y dibaca dari......(saya tak ingat dimana) yang mengatakan..

"Rezeki ada peluang untuk kita beribadah dan lebih mendekati Allah"

Anak itu REZEKI.. 
Akikah itu IBADAH..
 So tanpa anak ibadah akikah tidak akan dilaksanakan.

Mula-mula ingat nak buat nanti-nanti lah.
Tapi sementara ada budget baik setelkan je.
So tarikh 12 May dipilih.
Majlis dilakukan di rumah nenek Felda.

So dari segi persiapan masak-masak diserahkan kepada ibu-bapa mertuaku yang banyak disusahkan oleh kami.
Terima kasih mertuaku.

So kerja kami suami isteri hanya cari kambing dan siapkan goody bag skit.
Asalnya tema nak buat purple tapi bila cari bunga terlur terjumpa yang pink.
Cute and simple and murah.
Sesuai sangat untuk majlis akikah yang simple.

Bermulalah kerja mama menampal nama awatif kat bunga telur tu.
Patutnya kerja simple jadi complicated sebab "dibantu" oleh kakak Kaseh.


Urusan bunga telur selesai kerja membungkus kerepek pun bermula.
3 hari mama perlukan untuk siapkan 100 paket sbb kena buat bila line clear.
Kalau Kaseh tolong.. dia masukkan 1 dia makan 3.
yang keluar 1 yang jatuh ke lantai 3.
Terima Kasih KakaK Kaseh yang membantu mama.

Kami mula bermalam kat rumah nenek pada malam Khamis.
Hari jumaat nenek da mula sibuk.
So kami tolong sikit2 je tukang potong-potong barang untuk masak sarapan pada pagi Sabtu.
Menu Pagi sabtu Ketupat, sambal kacang, kuah lodeh, karipap, kuih kastad.


 Terima Kasih Makngah sebab tolong KACAU kerabu sampai maghrib.

 Yang penting gaya.

 Tuan punyer bajlis yang memantau keadaan sekeliling.


 Bersih kan kencur guna berus sabut???
Ini kerja Cik Yah.

Stail orang jawa..
Tuan rumah sediakan sarapan, orang datang rewang yang datang seawal jam 8 pagi.
Mereka akan sediakan makan tengahari untuk orang rewang dulu.
Menu ikan keli goreng, sup ayam dan hati goreng ngan kacang buncis.
Lepas makan tegahari mereka akan balik dan lepas zohor mereka datang lagi untuk sediakan masakan untuk kenduri malam.

Menu malam plak..
Kari kambing, keli masak kencur, acar timun, sayur campur goreng dan nasi minyak.
Pada malamnya ada marhaban, cukur jambul dan bertahnik (Belah mulut)


 Budak 3 ketui yang paling sibuk dalam dunia.
Tugas mereka memantau keadaan keliling rumah, termasuk lah memanjat pokok mata kucing.

Ini pun tugas mereka. 
Berlari melukakan lutut masing-masing.

 Terima kasih acik2 rewang.


 Ini pun salah 1 tugas rewang.
Siapkan puzzle Boboi Boy.
Kerja ini ditugaskan kepada papa.


 Terima kasih Pak Ngah kerana sudi jadi pengiring.


Awatif mandi bunga rampai.

 
Tak dapat tangkap banyak gambar sebab ambil marhaban lelaki so xder photographer lelaki.
Mintak adik2 ipar sume segan.
So mama amik gambar dari jauh je la Awatif eak.

Apa-apa pun terima kasih mertua ku sebab sudi menyediakan majlis ini untuk kami.
Kepada adik-adik ipar yang tunggang langgang membuat persiapan.

Terima kasih semua yang bertungkus lumus.
Kenduri akan datang?
Tak tau bila dan tak tau untuk siapa.

Selesai sudah 1 tanggungjawab untuk Awatif.
Tinggal nak khatankan Awatif je.
Tengah cari klinik sebab klinik yang dulu khatankan Kaseh dah tiada Doktor perempuan.

**Terima Kasih sekali lagi kepada semua.. Jasa anda dikenang dan semoga Allah membalasnya dengan rezeki dan kesihatan yang baik.**
 

 

2 comments:

Alieya said...

Alalala.... tomeinye dia :)

Siti Rohayah said...

bestnya masih ada rewang2 nih.. kami xda dah..semua katering..huhue..nway meriah n menarik..syukur :)