Kisah perjalan penyusuan susu ibu bagi Awatif agak mencabar pada awalnya.
Dan saya "tewas".
Menghitung-berkira untuk nak cerita atau tidak.
Tapi..
Cerita jela.
Yang tak elok mungkin boleh jadi teladan kat orang lain.
Ini dinamakan takdir.
Redha.
Seperti yang dikabarkan mengenai kisah kelahiran Awatif di entry ini [link]
Saya hanya dapat melihat Awatif hanay selepas 6 jam dilahirkan.
Da semestinya sudah dikasi formula milk.
Dan..Kisah benar..
Sumber dari adik saya yang bekerja sebagai jururawat di wad bersalin.
**Jika anak meragam dan ibu tidak "pandai" menyusukan, bayi itu akan diambil dan diberikan FM**
Itu yang terjadi.
Bila Awatif nangis jururawat akan ambil dan kembali dengan bayi dalam keadaan tenang.
Saya tahu..
Tapi redha je la.
Bila keadaan kurang lapar, Awatif nak je BF.
Tapi masalah timbul semasa hari pertama dirumah.
Sampai rumah pukul 6 petang,Awatif mula menangis.
Mula-mula nak je BF.
Tapi makin lama raungannya semakin teruk sampai ke pukul 10 malam.
Kenapa?
Dan apa terjadi sebenarnya?
Pada "andaian" saya, Awatif sudah biasa mendapat susu yang senang dan banyak semasa di wad.
So bila dia kena berusaha untuk mendapatkan susu dia tidak sabar.
Tambahan pula hari ke-3 alairan susu tidak selaju mane untuk mengeluarkan kolusterum.
Sudahnya setelah berapa jam berusaha dan sudah kesian melihat Awatif menangis.
Saya mengalah.
Awatif diberikan Formula Milk.
Pada awalnya diberikan dalan kuantiti yan sedikit supaya dia tenang dan boleh sambung BF sehingga tenang.
Tapi mungkin sebab sudah kepenatan dia still refuce BF.
Dia hanya latch dan dalam beberapa ketika terus dilepaskan sebab dia nak hasil yang "segera".
Sudahnya, tewas la mama pada malam itu.
Tapi saya tiidak sanggup memegang botol susu itu sendiri.
Biarlah Papa dan Nenek yang buat.
Tapi jiwa tak tenang dikasi FM ni disebabkan :
1. Berapa ml sepatutunya newborn minum susu.
2. Tak tersedak ke nanti.
3. Bersih ke botol susu tu.
Saya memang tak buat reseach langsung pasal nak kasi FM ni.
Disebabkan kegusaran itulah saya nekad ini lah kali terakhir.
Esok saya akan usaha lagi untuk BF Awatif.
Alhamdulillah.
Walaupun mengalami nipple crack yang teruk,
saya tetap gagahkan juga.
Asal mama yang sakit takper jangan Awatif yang sakit.
Berjaya.
Kata-kata yang memujuk hati atas ketewasan saya adalah
"Breastfeeding is a journey"
Maksudnya ia merupakan sebuah perjalanan.
Dan bukan sebuah rekod peribadi.
Walau apa pun yang jadi semasa dalam perjalanan kita tetap kena teruskan.
kalau kita anggap ia sebuah rekod, jika ia gagal, kita kan terus berhenti.
So perjalanan penyusuan susu ibu Awatif masih berterusan dan berjalan lancar.
So sekarang proses mengumpul stok.
Saya mula pam dan mengumpul stok di hari ke 11.
Walaupun hasilnya tidak la lumayan mana tapi Alhamdulillah.
Jadual mengepam saya tak tetap.
On demand jugak.
Disebabkan Awatif tido lama dalam 1-1 masa saya perlu mengepam bagi mengelakkan bengkak.
Stok sekarang ada lebih kurang 60pack x 6oz = 3600 oz.
Alhamdulillah.
Disebabkan fridge rumah saya da tak muat so saya da tumpang simpan kat rumah mertua ku.
Alhamdulillah masih ada space.
Yang menyeronokkan saya ada pembantu bila nak pam susu.
Kakak Kaseh.
Just bagi tahu " Mama nak pam susu"
Dia akan bukak fridge dan ambil peralatan pam.
Sya sangkut je corang kat nursing bra dia akan ON pam.
Nak matikan pun saya hanya cakap "Da siap"
Dia yang akan OFF.
Tapi Kaseh tak sebut pam susu.
"Mama nak TUMPANG susu"
Tapi malam tadi da ada improvement
"Mama nak PANG susu"
Mane2 la Kaseh.
Malam tadi sibuk dia "Kaceh nak PANG susu".
Ini lah jadinya.
Sibuk cari "Mane lagi sebelah?"
Apa-apa pun perjalanan diteruskan dalam perjuangan yang terbaik untuk 2 permata hatiku ini.
4 comments:
Semoga perjalanan itu dipermudahkan..insyaAllah. Banyak dah tu...3600oz.
tabahkan hati yer lynd! my son pon minum FM till hari ke 6.. sampai skrg if teringat mmg sedih sgt2.. sometimes, makes me think.. sedih sebab Zarif tak fully bf during his 6 first day or sedih sebab tak dapat achieve target? ntahler.. :(
Shaliza : Terima kasih. Typo error tu 360 je.
Yana : Yup. Pujuk hati supaya tak kenang benda yang dah lepas.
Post a Comment