Pages

Tuesday, May 8, 2012

Review Set Bersalin Amway

Di minggu terakhir berpantang.
Rasanya sudah masanya untuk saya review proses berpantang saya.
Tapi untuk entry ni saya review set bersalin je dulu kot.
 Saya ada ceritakan mengenai persiapan saya dari segi set bersalin.
Bleh refer di entry ini. [Link]


Tahap penggunaanya adalah 80%.
Jika dulu saya beli Set Bersalin Jamu Selapan Mustika Ratu.
Peratus penggunaan.
8.9%
Heee. dengan kata lain macam tak digunakan lah.
Banyak sebab.
Tapi cerita lain kali.

Ok. Saya review Set Bersalin Amway.

Teh Herba : 
Rasa seperti air kunyit. Saya campur dengan madu so xder la teruk mane rasanya.

Pil Lepas Bersalin 1 dan 2 :  
Dalam bentuk kapsul. So senang la nak makan.
Keberkesanan?
Saya tak boleh nak judge samada kesan dari pil ini atau pemakanan harian atau mungkin sebab lain.
Tapi sepanjang berpantang ini saya rasa bertenaga dan sihat.
Saya juga tiada masalah sembelit seperti berpantang Kaseh dulu.
Boleh dikatakan thap kesihatan saya amat memuaskan lah.
Dari segi dalaman la dari segi dalamannya saya tak pasti.

Herba Pembersih Wanita :
Senang nak guna.
Rendam je ngan air panas.
Tapi saya guna tak habis pun.
Saya lagi suka rebus sireh dan manjakani dan dibuat basuhan.
Sangat fresh, bau kuat dan meyakinkan tahap kebersihannya sebab kita yang basuh sendiri.

Herba Mandian:
Saya guna sampai habis.
Saya mandi air panas yang direbus dalam periuk selama 30 hari.
Masa mak saya ada, pagi saya mandi menggunakan herba ni.
Dan sebelah petang saya mandi air rebusan pandan.
Sampai gondol pokok pandan dalam pasu yang saya tanam dah 2 tahun.
Sangat puas hati.
Herba mandian ni bau xkuat sangat.
Cara nak mandi air herba ni mulakan dengan kaki.
test dulu tahap kesuaman.
Then baru naik ke atas.
Rasa fresh bila siram muka.
Saya tak bilas dengan air biasa pun. Saya biar je.
Tapi saya tak siram rambut sebab nanti kering lak rambut bila disiram dengan air panas.
Bila nak basahkan rambut saya guna ait paip biasa je.

Campuran Peramping Perut:

Yang ni saya pakai malam je.
Sebab bila dah kering herba ni akan berterabur kat lantai bila kita bangun.
So kena do diam-diam.
Keberkesanan?
Saya tak berani juga nak jugde.
Disebabkan tak panas bila disapu kat perut saya suke sapu dulu minyak herbanika NR  the baru tempek campuran ini.
Rasa panas-panas baru best.

Sebagai ganti, pada waktu siang saya sapu:
 

Krim Halia Mustajab.
Saya beli ngan tukang urut saya.
Saya sapu dipeha dan perut sebelum berbengkung.
 Best sebab panas. 
Dah habis saya beli Krim Halia Dunia Herbs.
Sama je panasnya tapi bau Dunia herbs tak best macam Mustajab.

Pakai krim macam ni bangkung tak kotor so bleh pakai 2-3 kali baru basuh bengkung.

Minyak Urut Herba :
Bau best tapi tak panas.
Melekit mungkin disebabkan nama pun MINYAK URUT.

So untuk kesan panas saya guna minyak Herbanika NR.
Memang terbaik. 
Panas dan bau yang best.
Pantang hari ke 15 dah habis 1 botol.

Dah habis saya sambung guna 


Minyak Tapil Cap Wanita.
Best sebab panas dan kering. 
Tak melekit.
Tapi diingatkan..!!!!
Jangan sapu diperut / leher atau bahagian yang lembut.
Kalau ikut tujuan asal minyak ni untuk buat bengkung.
Tapi wa cakap lu..!!
Jangan sebab panas.
Tahu panas macamana?
Sampai kulit saya "hitam"
Tapi tak semua hitam ada bintik2 hitam terbakar.
 Kalau sapu kat kaki dan betis ok la.

Campuran Penghangat Badan :

Nama penghangat tapi saya tak rasa hangat pun.
Tapi tukang urut saya sapu 1 badan sebab katanya berfungsi seperti scrup.
Gosok 1 badan nak buang daki.
Pun tak habis. Ada balance 6 paket kot.
kalau ada oarang tolong gososk kat belakang best la.

Campuran Penenang : 

Pilis la sebenarnya.
Sapu kat dahi.
Ok la.
Kadang-kadang saya sapu minyak herbanika je kat dahi kalau malas nak menampal kat dahi.

Minyak Bayi : 

Masih digunakan untuk Awatif.
Ok je.
Tak tau nak review apa.

Bengkung : 
Terbaik.
Sebab panjang.
Boleh cover dari peha sampai bawah breast.
Tukang urut saya ajar macamana nak pakai bengkung dengan betul.
Masa kat perut tu tarik nafas sebelum tarik tali.
Supaya perut kempis semasa kita tarik tali tu.

Overall untuk set bersalin Amway ni,
Sesuai untuk orang yang rajin dan tradisonal sebab pilis dan benda alah sapu2 tu tradisonal la.
Sapa yang nak simple beli aje yang dalam bentuk krim.
 Saya tak boleh nak jugde ok ke tak sebab banyak pengaruh perkara lain.

Sebagai contoh :
SAYA DA DAPAT BERAT SEBELUM MENGANDUNG SELEPAS 30 HARI BERSALIN.
(Mode bangga dengan diri sendiri)
Mungkin disebabkan pil.. mungkin sebab pakai bengkung dan mungkin juga sebab pemakanan harian saya.

Dan saya juga tidak sembelit untuk kali ni.
Mungkin juga sebab pil atau mengkin juga sebab pemakanan saya.
Mau taknya kalau air masak memang minum banyak.
Oren and epal 4-6 biji 1 hari.
Makan sawi rebus berulamkan nasi.

Ini review jujur dari hati pengguna ini.
Kalau best saya cakap best.
Kalau tak boleh nak diukur tahap keberkesanannya pun saya jujur.
Kalau nak jual barang memang tak laku la kalau orang amik testimoni saya ni.


Ouh 1 lagi saya nak tambah.
Saya memang ada masalah bau badan.
Masa berpantangkan Kaseh dulu saya rasa xnak orang dekat ngan saya.
Dan kali ini pun sama juga.
Mungkin sebab halia dan lada hitam yang mengeluarkan toksik2.
So da masuk hari ke 30 ke atas saya lebih tumpu kepada membersihkan diri.
Nak menyelesaikan masalah bau badan saya tanya pakcik Google pasal sabun herba.
Terkeluarlah sabun ni.


Sabun Mukjizat.
Dah terjumpa tu saya beli la.
Best.
Sebab sabunnya ada tekstur kasar.
So macam scrup la.
Tengok reviewnya memang nampak best la.
Bleh tanya pakcik google ye.
Malas nak taip balik.
Dan da 1 minggu saya guna, masalah bau badan saya setel.

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan apa yang saya guna.
Dengan budget y sederhana dan tidak berlebih-lebih.
Diharap review ni dapat membantu ibu-ibu yang sedang consider set bersalin.

 

7 comments:

Imaan09 said...

gila jujur review ko.. pendek, padat, menarik.. dan aku sbg pengguna amway/tapil/herbanika jugak..BERSETUJU sebulat aku..eh, sebulat suara..dengan review ko!

@liaDJ83 said...

salam, u mkn pil lps bersalin 1 da 2 tu, susu badan byk x?

Unknown said...

i xleh nak relate antara pemakanan dgn susu. i just percaya lg kerap anak menyusu and lg kerap i kosongkan breast lg byk susu produce. Lg pun masa dalam pantang memang penghasilan susu tanpa limit means badan akan produce susu semaksimum mungkin. And lepas je pantang susu akan produce sbyak mana u demand dlm pantang.

Anonymous said...

Harganye brape ek set amway nih?

NrlAidaHml said...

SInggah sini...Saya pon suka guna amway ni..sbb sgt bagusss..hehhe..Salam Kenal ya..

Anonymous said...

kalo makan pil herba amway ni jaundis anak okey ke..takut makin naik..

Anonymous said...

kalau nak set bersalin amway boleh msg saya di fb ra haslina.. rm 270 satu set