Pages

Friday, June 4, 2010

Ayam Pandan

Memandangkan dalam peti ais ada ayam ngan ikan kerisi so ni resepi untuk ayam yang akan ku coba.
Hohohooo.
Klu nak rasa datang la rumah.

Bahan-bahan :1
4 ketul ayam yang telah dipotong sedang2
4 biji bawang merah
(**)4 ulas bawang putih
(**)1 inci halia
(**)½ inci kunyit
(**)1 inci lengkuas
(**)3 batang serai
(**)1 sudu kecil serbuk ketumbar
(**)1 sudu kecil serbuk jintan manis
(**)6 biji cili kering ( pedas ikut suka )
(**)2 sudu besar santan pekat (optional)1 sudu besar maduGaram, gula dan perasa ikut secukup rasa
14 helai daun pandan

Cara-cara :
Tumbuk semua bahan bertanda (**). Gaulkan dengan ayam, madu, santan, garam, gula dan perasa.
Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam ke dalam poket itu.
Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar. Ataupun boleh juga diselit2kan lebihan daun tersebut.
Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
Siap bungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.

6 comments:

Anna Da Lady said...

aku suka ayam pandan...kalu ayam pandan ko sedap, aku nakla..hehe..tapi, Ibu KAseh ni masak mestila asedapkan?teringat zaman dulu2, yang kitaorg g umah ko kat puchong tu..ingat lagi ko masak 3 rasa kot..sedap..ikan besaq sgt..

KasehKu said...

Hahahah..
Sodap ko?
Nnt aunt Kam nak datang rumah Kaseh, nnt Kaseh suruh mama masak kan.
Tapi aunt kena datang la.

Imaan09 said...

ingaat..golden brown ye puan2.. bukan black burn!

Imaan09 said...

achik kam y nyebuk..meh, tulung aku wat master aku meh..

KasehKu said...

Tapikan mmg la.
Sejak 2menjak ni asik black burn je aku masak apa pun.
Nugget ke apa ke. Selamat la.

ayu said...

mmm..menarik..cuma mcm agak renyah sikit cara2 nak masak tu kan..ayu suka buat sup ayam je atau pun GORENG Pun soDAp ^_^