Pages

Friday, June 4, 2010

Today Is Friday..

Hari ni Jumaat
Hari yang ditunggu..
Sebab?
Sok cuti !!!
Hohohooo
Bila jumaat je benda yang aku selalu pikir "Apa nak buat coti ni eak?"
Lagi best klu blum ada plan cam g kenduri ke apa ke.
Klu blum ada plan maksudnya aku bleh buat plan.
Apa nak buat eak selain balik rumah ibu mertua ku.
Balik rumah mertua ni da jadi weekly event.
Kadang2 klu sabtu balik ahad balik lg.
Lagi pun rumahnnya dekat je 15 min je dari rumah ku.
Apa yang bestnya kat sana?
Best sebab ramai orang.
Klu kat umah ktrg b3 je la.
Suami ku ada 8 org adik and dia anak sulung.
Bila weekend biasanya suma ada.
Bila da kumpul tu suke la bergosip, sakat menyakat, makan memakan (ermmm??) dan kutuk mengutuk.
Biasanya ktg balik petang la pas setel keje kat umah.
Malam balik rumah biasanya mmg tak tido sana tido kat umah lagi best.
***Kalau malas masak tengahari aku cadangkan kat suamiku ktrg balik time tghr agak2 da siap masak laa.. Hahahahahaha hampeh pnyer menantu
***Harap2 mertuaku tak baca blog ni.
Hohohooo..
Bila kumpul ramai2 tu sambil makan2 balik dari pasar malam,
aku suke kira berapa orang yang ada.
Bunyi 9org adik beradik cam ramai tapi bila kumpul rasa cam xder la ramai mane.
Besttt..
Bila makan kumpul makanan tengah2 kitrg keliling makanan tu.
Meriahhh...
Klu bab nak basuh pinggal mmg malas la lg la aku sebagai menantu.
So sbgai countermeasure ktrg makan/minum guna bekas polistren even tau tak baik untuk kesihatan.
Hohohooo
Terasa cam nak listkan je keluarga mertua ku.
1. Wak Moh / Abah / Atok - Bapa mertuaku yang pendiam dan atuk yang suke urut cucu.
2. Mak Ani / Mak / Nenek - Ibu Mertuaku yang suke pokok bunga. Ni kira geng aku g Sg Buluh cari pokok bunga. Ibu mertuaku yang best.
3. Mohd Ridho / Bang Do / Pak Long (29 Thn)- Suamiku yang hampeh. Heheheee
Lynd / Kak Lynd / Mak Long (26 Thn) - Aku la tu
Kaseh / Kak Chik / Kakak Kecik (3 Bln)- Anakanda ku. Dipanggil kak cik sbab anak adik ipar ku lagi tua dari dia 1 tahun.
4. Tina / Kak Na / Nana / Mak Ngah (27 thn)- Adik ipar ku yang tua 1 tahun dari ku. Dia ni pemurah. Suke sangat borong makanan banyak bawa balik suruh ktrg makan.
Epong / Pak Ngah / Fadzil (27 Thn)- Suami Tina yang pandai uruskan anak.
Arfan / Danish / Epan / Gondol / Bulat (1 Thn 3bln) - Anak Tina. Cucu pertama dalam family. Sangat gelidik dan tomei. Bila tengok iklan Ribena (Lemon dan ribena yang menari tu) tak berkelip mata
5. Azizul / Bang Jul / Pak Jul / Cik Jul (24 Tahun)- Pendiam dan misteri skit mamat ni. Tapi dia suka cobet mak dia.
6. Dayah / Yayah / Kak Yah / Mak Yah / Cik Yah (21 Tahun) - Ni geng rapat Tina. Suke gelak kuat. Klu marah adik2 suara bak halilintar.
7. Duan / Bang Wan / Pak Wan / Cik Wan (18 Tahun)- Suke gaduh ngan Yayah. Suke ngadu hal akak2 dia kat mak. Pandai membebel gak ni tapi kelakar. Muka dia selamber.
8. Fitri / Bang Piti / Cik Mat / Pak Mat (14 Tahun)- Suke bual hal sndr. Tapi kalu balik sekolah suke belikan jajan untuk adik bongsunya.
9. Wawa / Kak Wawa / Mak Wa / Cik Wawa (13 Thn) - Minah gedik ni. Suka melawa ala2 gadis melayu terakhir. Lemah lembutnya, kepek2nya (bhsa keluarga ku mksdnya slow in action and thinking) and sensitip. Pernah jadi bila orang tak paham apa yang dia maksudkan dia bleh nangis.
10. Izah / Mak Jah / Cik Jah (10 Thn)- Kasar skit minah ni. Dia ni bongsu tak jadi. Ingat da bongsu skli masa umur 5 tahun dapat adik lg.
11. Huda / Mastura / Mak Su / Cik Su (6 Thn) - Si bongsu ni. Tak bleh bgtau rahsia kat dia. Rahsia da tak jd rahsia. Ada skli tu dia ikut akak dia kuar, balik2 je "Mak!! Kak Na ada surprise tapi tak boleh bgtau". Pandai ngepau. Klu nak kuar je dia pakai bju/selipar paling buruk nnt abang dia belikan la yang baru sebab konon2nya da lama.
Ni la family mertuaku yang besar. Klu nak kuar mmg kena bwk 3kete. Meriah beb. Blum kira belah makcik2 lg. MIL ada 10 org adik beradik dan FIL lg 10. Bleh bayang tak bila raya nak kena g sume rumah. Blum kira rumah sepupu sepapan lg. Fuhh!!! Tu pengalaman raya ku tahun lepas.
***Ni bukan tujuan asal aku tulis N3 ni sbnrnya. Hahhahaha. kena tukar tajuk kot.. KELUARGA MERTUAKU.

2 comments:

Imaan09 said...

Meriah..
the more the merrier..
cik lynd..
nah tgk nih..

http://kampung-chloe.blogspot.com/2009/10/you-must-cry-when-you-see-this.html

KasehKu said...

Rasa macam nak balik peluk Kaseh skrg jgk!!!!