Pages

Tuesday, June 8, 2010

Tips Menabung

Sumber ni ku amik dari majalah ANIQAH.
Recently ku suka baca pasal financial management ni.
Baru belajar nak manage so kena la cari ilmu supaya berkesan dan effective.
Jom kongsi.
Mane tau berguna.



1. Kenal Pasti Kepentingan
Sebelum mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu, kena kenal pasti kepentingan.
Sikap orang beli kita pun kena beli sangat bahaya.
2. Belanjawan
Listkan segala bagai bil, loan dan yuran yang perlu dibayar.
So kita akan nampak balance duit kita berapa untuk bulan tu.
Bagi bayaran tahunan yang bejumlah besar seperti road tax atau yuran persekolahan,
buat perancangan awal.
Sbgai contoh, jika road tax berjumlah RM 1200 so 6 bln seblm road tax mati simpan la Rm 200 sbln.
So masa hari kejadian takder la terasa sangat mengeluarkan jumlah yang banyak pada 1 masa.
Mengenalpasti dan merancang perbelanjaan amat penting.
3. Bayar Hutang Credit Card.
Merupakan penghalang utama untuk kita menabung.
Selesaikan hutang ini terlebih dahulu dan jangan membayar pada jumlah minimum pada setiap bulan.
Bekukan kad dalam peti ais!!!
Kredit kad bukan wang kita.
Hutang itu sume!!!
Kepada yang berdisiplin sangat berguna dan pada yang tak berdisiplin memeng tak guna.
4. Pelan Pencen
Salah satunya adalah KWSP.
Selagi boleh jangan mengeluarkan simpanan KWSP ini untuk renovate rumah atau apa sahaja yang tidak berkempentingan.
ATAU
Boleh juga dikeluarkan jika jumlah simpanan dari akun 1 sudah melebihi RM 50 000 untuk pelaburan yang diiktiraf.
Bagi kaki tangan swasta, kita tiada skim pencen so kita sndr yang kena merancang sebijaknya.
5. Adakan Pelan Penyimpanan.
Pelbagai cara boleh dibuat mengikut kebijaksanaan kita merancang.
Sebagai contoh, adakan tabung IMPIAN dan KECEMASAN.
Jika anda mempunyai impian buat peruntukan untuk itu dan tidak boleh menggunakan wang kecemasan untuk impian.
6.Melabur
Macam2 ada.
ASB, unit trust, saham dan membeli hartanah.
Tapi pastikan diiktiraf.
Ingat..Pulangan rendah risiko rendah..
Pulangan tinggi risiko tinggi..
Terpulang kepada tahap keberanian anda.
7. Memaksimumkan kemudahan syarikat.
Medical claim, skim pinjaman perumahan dan kenderaan.
Sebabnya biasanya interestnya lebih rendah berbanding loan bank.
8. Ambil Insuran.
Jika kita terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk kesihatan dan mungkin kemalangan apa kata sediakan payung sebelum hujan.
9. Kemas kini Wasiat.
Ermm.. Tak tau sangat nak komen.
Tapi bersiap sedia sebelum perkara yang tak diingini berlaku.
10. Rekod Bersih.
Make sure sume loan dibayar dengan konsisten untuk mengelakkan black list.
Dan kepada peminjam PTPTN sila bersihkan rekod anda.
Hehehehehe.
***Sangat teringin nak g AKPK nak mintak advise. Huhuhuhu...

3 comments:

Imaan09 said...

aku tgh berusaha nk capai y no.3 itu!!huwaaaaaaaa..

Normaliza said...

salam,

yang no. 3 tu memang 'berantu' kan..
yang no. 10 tu selalu gak saya terlepas bayar ptptn. nasib tak kena black list..fuhh

KasehKu said...

hahahah. Btul Normaliza.
No 3 xsesuai untuk org yang tak kuat iman.